Sape klik sini memang baik...

08 December 2010

KeNaPa SaYa KUraNg MenGGemari MaKanan LuAr??

salam semua...

zue hanya nak kongsi pendapat je kenapa zue kurang gemar makan makanan luar ni..
zue lebih suka kalau masak sendiri dan makan kat rumah..
lagi masyuk lagi kalau dapat makan dengan famili

cara basuh makanan
korang pasti ke diorang ni basuh ayam,sayur, ikan dengan bersih? korang pernah makan sayur pastu rasa macam termakan pasir,tanah tak?pastu pernah jumpa ulat kat celah sayur goreng tak? memang sah la diorang basuh cincai2 je


kualiti makanan
kadang2 peniaga ni nak untung lebih je..beli makanan basah yang dah agak lama untuk harga yang murah. mesti korang pernah terbeli ikan rasanya dah lama dan berlendir. paling teruk lauk semalam tak habis jual balik. recycle lauk gitu..


monosodium glutamate (MSG)
mesti korang pernah dengar MSG kan? hampir semua peniaga menggunakan MSG bagi menyedapkan makanan. korang tau tak MSG ni banyak keburukan dari kebaikan. dari nak sihat terus tak sihat..kat rumah, famili zue memang tak guna MSG ni


minyak masak
ni pun satu hal gak..korang pernah fikir tak berapa kali peniaga ni guna minyak masak tuk menggoreng? kadang2 tu diorang ni akan guna minyak menggoreng sampai naik hitam dah minyak tu..yang ni pun tak baik tuk kesihatan gak tau


kebersihan tukang masak dan dapur
tak pernah dibuat dek orang, kalau pergi kedai makan, korang pergi terjah tukang masak tuk periksa kebersihan diri tukang masak tu dan dapur die . panjang ke pendek ke kuku die? cuci tangan tak pas pergi toilet? da amik suntikan TB atau hepatitis tak? bersih tak dapur die? kalau da la orang camni..memang zue tabik spring habis la..

sebenarnya banyak sebab lagi.. tapi pe yang mampu buat, kene pilih tempat makan yang elok.
dan tawakal je la makanan tu bebas dari benda yang tak sepatutnya..


p/s--->rindunye masakan mak

p/s--->gambar semua dari carian google (^__^)

2 comments:

Fairus Bin Mamat said...

Setuju pada tahap sederhana..

Pemilik Blog said...

aku plk... hanpir tidak setuju dalam setuju... mcm mane ek.. macam macam ada la...
jom g blog ni http://blogmacammacamada.blogspot.com

Letak Link Blog Anda Di Sini