Sape klik sini memang baik...

29 December 2010

Dua Pelajar Kolej Perubatan..

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry”

Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki”

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni.

Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?”

Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm… bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: …pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…

P/s---> pelajar tue x bau ke busuk hangit berak pakcik tue

2 comments:

Roket Kertaz said...

yaaa... itu yg sebenarnya,,

cik senah said...

hahaha... bajet pandai betul nurse2 tu :)

Letak Link Blog Anda Di Sini