Sape klik sini memang baik...

31 December 2010

TaHuN 2011...SaYa NaK....

salam semua



disebabkan cik hana kite ni bertanyakan azam tahun baru zue
maka, zue nak wat lak entri pasal azam tahun baru ni..

belajar rajin-serajinnya
yang ni penting giler.kene set sebagai 1st priority.zue nak lulus professional exam 1. kalau boleh tak mahu repeat paper atau kene viva..INSYAALLAH

nak bercuti dengan famili
yang ni dalam perancangan je. zue ingat nak bawak famili pergi bercuti selepas habis pro exam. harap2 abah setuju la..hehe

memantapkan kemahiran
hehe..kemahiran pe tu ye?? zue nak mantapkan skill memasak boleh tak?? yang ni pun penting gak ni.. sebagai persediaan..hehe. lagi satu zue nak mantapkan lagi penguasaan english..nak bagi tajamkan lagi eh

mahu jadi insan yang baik
bukan la bermaksud sebelum ni zue insan yang tidak baik. no..no.. tapi nak jadi lebih baik dari sebelum2 ni. nak jadi anak yang baik, akak yang baik..semuanya yang baik la (^__^)


hah..tu je la kot azam zue..biar sikit je azam tahun ni asalkan dapat ditunaikan.

SeLamaT TinGGaL 2010...HeLLo 2011

salam semua

pejam celik pejam celik...tup tup dah 31 dec 2010. rasa macam kejap je tahun 2010 ni kan?? hehe
sepanjang tahun 2010 ni, bermacam-macam perkara berlaku kan

korang celebrate ke tahun baru ni?? zue tak celebrate la.. pada zue, tiada yang istimewanya malam tahun baru ni.. cukuplah rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur..


tahun 2011 bakal merupakan tahun paling getir bagi zue...sebabnya, bulan 4 nanti zue akan menghadapi 1st professional exam..cuak tu. banyak benda nak kena ulangkaji lagi

dan kemungkinan besar juga, tahun 2011 merupakan tahun paling sibuk bagi famili zue.. (^___^)
senang cite, banyak perkara untuk dilaksanakan nanti..kita tunggu dan lihat nanti


p/s---> esok famili zue akan berada di BANGI..sayangnya tak dapat join sekali (T__T)

30 December 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

salam semua...

buat kali pertamanya, zue nak join giveaway la (^___^) 
GA ni anjuran MAMA KEMBAR 3
thanks akak zunaida sebab tag zue tuk join GA ni..nama kami pun dah dekat nak samakan..hehe

 

syarat2 penyertaan seperti berikut :


1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia. *done
    
2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! *done

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". *done


4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.
*done

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.


6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post. *done

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer. *done

8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011



hadiah pun gempak2 gak terutama telekung travel. comel je beg telekung tu..



Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel
  Hadiah Ketiga: Telekung Travel



p/s---> kalau zue menang, zue nak bagi hadiah ni kat emak (^___^)

HariMau SuDah MenGauM!!

salam semua

rasanya belum terlambat lagi zue nak ucapkan

TAHNIAH 

PASUKAN MALAYSIA

kerana menjuarai

PIALA SUZUKI AFF 2010


p/s---> arap2 pasni selalu la pasukan malaysia menang ye..leh selalu public holiday (^___^)


29 December 2010

Dua Pelajar Kolej Perubatan..

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry”

Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki”

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni.

Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?”

Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm… bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: …pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…

P/s---> pelajar tue x bau ke busuk hangit berak pakcik tue

27 December 2010

aPa KeHaLnYa??

tadi bukak nuffnang. terperasan dengan keyword ni..

pelik gak mula2...da ke zue buat entry pasal skodeng tandas ni..
then, baru teringat pasal ENTRI ni
apa2 je la labu...


I'm VerY HaPPy!!!

salam semua....

2 3 menjak ni busy la...tambah2 lagi final exam pun dah nak dekat ni
anyway...cuti krismas aritu, zue balik umah
lama giler dah tak balik umah. last balik aritu pun masa raya haji..

balik umah pun busy gak...
hehe..kata dah lama tak balik..mesti la bergosip sakan dengan mak dan adik-beradik
bab gosip ni kiteorang memang no.1 (^___^)


paling best sekali,
25 dec...zue dan famili pergi shopping kat Jusco Melaka
ala..yang dekat dengan melaka central tu.. nak patah pinggang zue dek jalan2
bayangkan la kiteorang da kat sana dari kul 11am sampai 5pm
nak pengsan pun da gak...hehe

tapi tu la bestnya...
penat macam mana pun, kami happy sangat2
sebabnya dapat habiskan masa dengan famili. tu yang paling penting


p/s--->wah...tak lame lagi famili zue akan terima orang baru..jeng..jeng..jeng

19 December 2010

E for....

salam semua...

sekarang ni dan bulan 1 nanti zue akan super duper bz
zue akan dihantui dengan exam...waaaa


meh tengok kat list kat bawah ni...

  • 20/12---- malaysian studies exam
  • 3/1------ minitest 1 (anat, physio,biochem)
  • 7/1------ epidemiology exam
  • 14/1---- minitest 2 (patho,pharmaco,microb, parasito)
  • 24/1- 28/1---- end sem exam


P/s---> waduh...nak kene kurangkan main2 dah ni (^___^)

18 December 2010

Kenapa Dengan NUFFNANG??

salam semua....

cuba korang tengok iklan nuffnang kat blog zue ni?? ok tak??
iklan leaderboard nuffnang korang ok??
ke blog zue sorang je yang da masalah??


SeMuaNya SuDah OK

salam semua...

owh...dah 2 hari tak update blog rupanya. bukannya ape, ni semua gara2 gosip yang bersepah2 kat kolej..down terus mood..



buktinya...
last entri yang menjadi mangsa. serius...benda yang berlaku tu memang..arrggghh..susah nak terangkan.. atas sebab2 tertentu zue tak dapat la ceritakan kat sini..tak semua benda kita boleh ceritakan kat semua orang..betul tak?

k la...
lupakan hal tu..doakan kami dekat sini dapat melaluinya dengan baik..


p/s--->semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya

15 December 2010

kenapa manusia bukan lagi manusia...

cukup tidak suka penindasan yang berlaku sekarang ni
kenapa manusia bukan lagi manusia bila dah rambang mata dengan duit???
perlu ke menindas wahai kamu kamu dan kamu orang atasan
menindas kami ??


tidak kah kamu takut dengan balasan ALLAH?
kamu lupa yang WANG bukan lah segala-segalanya..
ingatlah..kamu tidak akan tenang walaupun kamu hidup mewah!!!


14 December 2010

ReSuLt Dah KeLuar

salam semua...

sebenarnya result minitest dah keluar petang semalam...
cuma semalam tak sempat nak post...sibuk kot..hehe

result kali ini da peningkatan..
zue dapat B+..syukur sangat2
untuk blok baru ini kene tingkatkan lagi usaha

tiada perkataan lain yang zue ucapkan melainkan


p/S--->semalam juga blok reproductive system dah mula..

13 December 2010

BLogLaRian MeMang MeleTup!!

salam semua...

sekarang ni blog zue dah rumah tau
jemput la datang ke rumah no.126 (^___^)

zue berjiran dengan para blogger kat atas ni
dah rasa cam rumah pangsa la plak

korang yang belum join tu...
cepat2 la join...
KLIK SINI tuk join


p/S--->baru semalam daftar, hari ni dah masuk list..mantap la BlogLarian

12 December 2010

Jom Senaman Jari Di BlogLarian!!

salam semua

sekarang ni hampir semua blog duk heboh2 pasal bloglarian ni
bloglarian ni fungsinya tuk memudahkan para blogger tuk blogwalking
yang beznya, korang leh blogwalking hanya dalam 1 tab je
maksudnya...dalam 1 tab da 6 blog..camtu la cerita nya

tapi untuk pendaftran kene lakukan seperti di bawah...

1) Pastikan ada Banner BlogLarian *done


2) Jadi Follower BlogLarian *done


3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
saya suka berblogwalking kerana
dengan blogwalking saya dapat berkenalan dengan ramai blogger, bertukar-tukar pandangan dan idea, belajar mengenai benda baru serta dapat menjadi pengkritik dan kaki komen tegar.. (^___^)


4) Tag 3 orang rakan atau lebih


korang apa tunggu lagi..jom senaman jari kat BlogLarian ni


p/S-->korang leh daftar kat SINI

2 MoVie, 2 Hari, 2 TemPat berBeZa

salam semua...

hari jumaat hari tu zue kate nak tengok movie kan kan??
hehe...tercapai gak hajat (^___^)

hari jumaat hari tu, tengok narnia kat berjaya times square..
sebabnya..pergi mid, parking full je..ntah berapa kali pusing cari parking pun tak tau la..last2 terus pergi times square.senang ya amat dapat parking..hehe

cerita narnia ni ok la. tapi nape da lucy dan edward je? mana pergi kakak dan abang diorang? cam tak bez la plak da 2 je bukannya 4 orang..pe2 pun, prince caspian memang macho..hehe

esoknye plak..tengok cerita hantu kak limah balik rumah kat alamanda. lawak habis cerita ni...dari mula sampai habis asyik gelak je..terbaik la cerita ni dari mamat khalid


p/s--->sampai hari ni masih teringat2 lagi adegan lawak dalam hantu kak limah balik rumah

10 December 2010

RamBang MaTa


memandangkan petang ni tak kelas...
exam pun dah habis
terasa cam nak tengok movie la plak...

tapi tengah rambang mata ni...
tak tau nak tengok yang mana satu...

baca sinopsis cite ni...cam bez je

ni pun cam bez bez gak..

yang ni pun sama gak...

tidakkkk....
ikutkan hati mahu maraton je tengok semua cerita..
mahu kopak poket camni


TaKziah...

salam semua...


korang dah da baca pasal berita ni??
tak dapat zue bayangkan betapa sakitnya mangsa ketika dalam kawah dodol tu..
sebak zue baca berita ni

takziah kepada keluarga mangsa

KLIK SINI tuk baca berita ni


p/s--->terus teringatkan mak kat rumah

09 December 2010

StuDy DaN StuDy Lagi

salam semua

esok zue da exam lagi

sila abaikan meja yang bersepah2

MINITEST 2 bagi urinary sytem

kali ni exam melibatkan subjek pharmacology, pathology, microbiology dan parasitology

doakan zue ye kawan2 sekalian


BuaH aPaKah Ini??

salam semua...

siapa tau pe nama buah ni??ni bukan sebarang buah tau..(^__^)

pada siapa yang tak tau tu...
nama buah ni ialah 'pisang kaki'..buah ni super duper sedap tau..

ni la rupa isi dalam dia...
"Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung" sumber

banyak rupanya khasiat buah ni...
tak sia-sia jadi kipas-susah-mati buah ni..hehe


p/s--->weekend ni nak gi cari buah ni la..

08 December 2010

KeNaPa SaYa KUraNg MenGGemari MaKanan LuAr??

salam semua...

zue hanya nak kongsi pendapat je kenapa zue kurang gemar makan makanan luar ni..
zue lebih suka kalau masak sendiri dan makan kat rumah..
lagi masyuk lagi kalau dapat makan dengan famili

cara basuh makanan
korang pasti ke diorang ni basuh ayam,sayur, ikan dengan bersih? korang pernah makan sayur pastu rasa macam termakan pasir,tanah tak?pastu pernah jumpa ulat kat celah sayur goreng tak? memang sah la diorang basuh cincai2 je


kualiti makanan
kadang2 peniaga ni nak untung lebih je..beli makanan basah yang dah agak lama untuk harga yang murah. mesti korang pernah terbeli ikan rasanya dah lama dan berlendir. paling teruk lauk semalam tak habis jual balik. recycle lauk gitu..


monosodium glutamate (MSG)
mesti korang pernah dengar MSG kan? hampir semua peniaga menggunakan MSG bagi menyedapkan makanan. korang tau tak MSG ni banyak keburukan dari kebaikan. dari nak sihat terus tak sihat..kat rumah, famili zue memang tak guna MSG ni


minyak masak
ni pun satu hal gak..korang pernah fikir tak berapa kali peniaga ni guna minyak masak tuk menggoreng? kadang2 tu diorang ni akan guna minyak menggoreng sampai naik hitam dah minyak tu..yang ni pun tak baik tuk kesihatan gak tau


kebersihan tukang masak dan dapur
tak pernah dibuat dek orang, kalau pergi kedai makan, korang pergi terjah tukang masak tuk periksa kebersihan diri tukang masak tu dan dapur die . panjang ke pendek ke kuku die? cuci tangan tak pas pergi toilet? da amik suntikan TB atau hepatitis tak? bersih tak dapur die? kalau da la orang camni..memang zue tabik spring habis la..

sebenarnya banyak sebab lagi.. tapi pe yang mampu buat, kene pilih tempat makan yang elok.
dan tawakal je la makanan tu bebas dari benda yang tak sepatutnya..


p/s--->rindunye masakan mak

p/s--->gambar semua dari carian google (^__^)

07 December 2010

SaLam MaaL HijRah


semoga tahun ini membawa 1001 keberkatan dalam kehidupan

marilah bersama-sama
  • menghayati pengertian hijrah ini
  • melakukan perubahan ke arah kebaikan
  • mencari keredhaan-Nya

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

sumber:iluvislam.com


P/s--->owh....really love my parents so much!!

06 December 2010

TanDas YanG PeLik

salam semua...

gambar ni zue amik kat kolej zue
cuba korang perhatikan gambar ni betul2


tandas dimana dindingnya adalah cermin dan boleh dilihat dari tempat lain..
zue rasa cam pelik je..tak pernah lak jumpa tandas camni..
korang pernah jumpa tak??

maybe kalau nak guna , kena letak tirai kot..
hoh...kalau tak sempat nak pasang tirai camne plak?
tak pasal2 orang lain dapat free show..


p/s--->target harini, zue nak habiskan study microb (^___^)

05 December 2010

DuE DaTe

salam semua....

last friday, pas habis kelas, terus ke Mid Valley. niat nak tengok cerita Narnia..sekali penuh la plak. cerita Rapunzel pun same gak..yang da pun tayangan malam. malas nak amik tayangan malam, kang kene bersusah payah jawab soklan ngan pak guard

bukannya pe,
kat kolej zue ni leceh skit...balik lambat skit kene jawab 1001 soklan
siap kene tunjuk kad resident skali..mmmm...jauh skali berbeza masa blaja kat ukm dulu

k la...back to our topic
so, amik tayangan petang dalam kul 4.30 gitu..cepat habis boleh cepat balik (^___^)


cerita ini mengisahkan peter (robert downey jr) yang on da way balik umah tuk menyambut 1st kelahiran baby beliau. masa kat airport, ntah camne leh terserempak ngan mamat ala2 terencat skit iaitu ethan (zach galifianakis). bermula dengan tertukar bag, kene blacklist tak leh naik plane hinggalah mereka berdua ni terpaksa travel bersama tuk balik ke LA. bermacam2 situasi dan dugaan mereka tempoh..selebihnya korang tengok la sendiri (^__^)

KLIK SINI tuk tengok trailer

cerita ni ok la...lawak tu memang la lawak. tapi agak banyak gak babak yang tak sepatutnya. biasalah filem omputeh.. suka dengan lakonan robert downey jr. selamba dan bersahaja je..


p/s--->masih mencari masa tuk tengok cerita Narnia..

04 December 2010

BE BerTamBah LaGi!!

salam semua


rasa bersyukur sebab da 4 BE masyuk kat blog zue ni (^___^)
dulu duk tunggu2 je BE ni..hehe..setahun tunggu tu.


p/s--->minggu ni mood exam..arrgghhh

TaG dAri WaWa


zue telah ditag oleh one of my frenz a.k.a wawa suhaiza
dengan senang hatinya zue nak jawab tag ni
korang layan je la ye (^____^)

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
purse...segala benda penting da dalam ni
handphone...senang nak call or sms orang bila da hal penting
laptop..kalau tak da ni,memang nangis sebab tak leh nak taip assignment
broadband...tuk online kat mane2 je
kunci bilik...mau huru hara hidup kalau hilang kunci

2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang?
handphone...terbang gak la RM600

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan & tema perkahwinan korang?
kat rumah la..asalkan orang tak sesat nak datang umah. tema lak nak ala2 kampung gitu

4. Adakah korang sedang bercinta?
soklan apakah ni...haha

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
hingga nafas yang terakhir...huhu

6. Dimana korang selalu jumpe kekasih korang?
erk...tak jawab tak pe ke???

7. Novel/ Buku/ Majalah terakhir korang beli?
buku epidemiology by leon gordis...berpinar bijik mata baca buku ni


9. Antara mak & ayah, yang mana korang lebih mesra?
dua2...tak da pilih kasih...hehe

10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
siapa ye???nak jumpa orang itu hari2 bleh tak...

11. Adakah korang basuh baju sendiri?
semestinya la...tapi dengan mesin basuh la..tu pun dikira basuh sendiri gak kan

12. Dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
tempat dimana tiada korupsi berlaku...da tak agak2 nya?

13. Pilih salah satu, peluk @ cium?
huh...speechless

14. 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
my 1st laptop...masih simpan elok lagi even dah 4 tahun
jam tangan..beli kat madinah.dah 8 tahun dan masih elok lagi
mp3 pemberian dari seseorang
koleksi kaset dolu2...jenuh simpan ni

15. 5 lagu yang korang paling suka & selalu dengar?
rest of my life by maher zain
patah hati by saujana
nota cinta by saujana
i'd come for u by nickelback
flying without wings by westlife

16. Bila tarikh lahir korang & kat mane korang sambut tahun lepas?
1st may..juz pegi kuar makan je...

17. 6 orang blogger yang korang nak tag?
idaya
safwan
umar
rai
flora
izz

18. Cerita sket blogger pertama yang korang tag
same blaja kat UKM dulu...dan die merupakan kipas-susah-mati ARASHI

Letak Link Blog Anda Di Sini