comei x kucing nie? |
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. Sumber - KOSMO
p/s----> Korang nak ajar kucing d umah ckp pe lak? Ckp BigMac satu! Ok gitu?hehehe
3 comments:
ish3..pelik nih..dunia akhir zaman sudah..besarnya kuasa tuhan..
ahaha..kucing sebut nak duit nak duit..xde kew? :-)
ni sah leh nyanyi lagu mama mia..hahaha..
Post a Comment