HUBUNGAN penyanyi Taylor Swift dengan Conor Kennedy kini semakin serius
 apabila wanita ini dikatakan membawa kekasihnya itu berjumpa dengan 
keluarganya di Nashville, Tennessee.
 Bagaimanapun, hubungan tersebut merunsingkan rakan-rakan rapat Swift kerana bimbang penyanyi itu dipermainkan.
 Menurut sumber, Swift telah diberi amaran oleh rakan-rakan rapatnya 
mengenai perilaku sebenar Kennedy yang terkenal dengan gelaran kasanova.
 “Semua rakan rapat Taylor mengingatkannya supaya berhati-hati kerana Conor memang seorang kaki perempuan.
 “Tambahan pula, keluarganya mempunyai sejarah silam mengenai 
kecurangan, jadi tidak mustahil Taylor juga bakal terkena. Saat 
diberitahu, Taylor hanya tergelak dan mempertahankan Conor dengan 
mengatakan jejaka itu seorang yang baik hati,” kata sumber.
 Pelantun lagu Eyes Open ini mula menjalin hubungan dengan Kennedy pada Jun lalu.
sumber 


1 comment:
I hope everything goes well for Taylor!
Post a Comment