Sape klik sini memang baik...

23 August 2012

Avril LavigneDah Bertunang

PENYANYI punk ‘rock chic’ terkenal, Avril Lavigne telah mengikat tali pertunangan dengan vokalis utama kumpulan Nickelback, Chad Kroeger.

Chad dilaporkan melamar Avril pada 8 Ogos lalu dan memberi Avril cincin berlian 14 karat sebagai simbolik kepada pertunangan mereka.

 Avril Lavigne bersama Chad Kroeger baru-baru ini.

Berita pertunangan ini merupakan satu kejutan kerana mereka baru sahaja bercinta, sejak enam bulan lepas, selepas Avril memutuskan hubungan dengan Brody Jenner awal tahun ini.

Avril, 27, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi utama kumpulan Sum, 41, Deryck Whibley pada Julai 2006 tetapi telah memfailkan penceraian tiga tahun kemudiannya.

Penyanyi kelahiran Kanada itu bertemu dengan Chad, 37, ketika bekerjasama menerbitkan lagu untuk album kelima Avril pada Februari lalu.

Selepas itu baru percintaan di antara kedua-dua penyanyi rok itu berputik apabila mereka kerap keluar meluangkan masa bersama.

Perkahwinan ini bakal menjadi perkahwinan kedua buat Avril dan pertama untuk Chad.
sumber


No comments:

Letak Link Blog Anda Di Sini