Sape klik sini memang baik...

14 August 2012

Amaran Buat Taylor Swift

HUBUNGAN penyanyi Taylor Swift dengan Conor Kennedy kini semakin serius apabila wanita ini dikatakan membawa kekasihnya itu berjumpa dengan keluarganya di Nashville, Tennessee.

Bagaimanapun, hubungan tersebut merunsingkan rakan-rakan rapat Swift kerana bimbang penyanyi itu dipermainkan.


Menurut sumber, Swift telah diberi amaran oleh rakan-rakan rapatnya mengenai perilaku sebenar Kennedy yang terkenal dengan gelaran kasanova.

“Semua rakan rapat Taylor mengingatkannya supaya berhati-hati kerana Conor memang seorang kaki perempuan.

“Tambahan pula, keluarganya mempunyai sejarah silam mengenai kecurangan, jadi tidak mustahil Taylor juga bakal terkena. Saat diberitahu, Taylor hanya tergelak dan mempertahankan Conor dengan mengatakan jejaka itu seorang yang baik hati,” kata sumber.

Pelantun lagu Eyes Open ini mula menjalin hubungan dengan Kennedy pada Jun lalu.

sumber


1 comment:

tester said...

I hope everything goes well for Taylor!

Letak Link Blog Anda Di Sini