Ketawa adalah ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini 
ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita 
ketawa.
Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama 
dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses 
pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.
Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan 
sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan.
Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil 
dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang 
mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika 
kita ketawa.
Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental.
sumber 
Bulan Ramadhan adalah masa untuk bermaafaan sesame sendiri dan memperbaharui hubungan -  
baik hantar mesej #UEratkanLagi 


No comments:
Post a Comment