Sape klik sini memang baik...

23 August 2012

Bakar Kasut Rumah Hangus

Batam: Akibat cemburu buta, seorang lelaki Singapura yang berkahwin dengan wanita tempatan membakar rumah setinggan isterinya yang menyebabkan 50 kediaman lain turut hangus apabila api merebak selain mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, di Kampung Seraya, di sini kelmarin.

Kerap bergaduh
 
Penduduk, Iril, 40, berkata, kejadian itu berlaku selepas warga Singapura, Gerri Kasan, 45, yang mengahwini kakaknya, Surti, berang kerana isterinya keluar rumah tanpa memberitahunya terlebih dulu.


Beliau berkata, Gerri kerap bergaduh dengan kakaknya sejak tiba dari Singapura. Iril mendedahkan, meskipun abang iparnya sudah ada keluarga di Singapura, Gerri dan Surti meneruskan rancangan berkahwin, Setiap kali mengunjungi Batam, Gerri akan bermalam di rumah Iril atau di hotel bajet.

Keluar rumah

“Kakak saya keluar rumah tanpa pengetahuan Gerri menyebabkan dia berang.
“Mungkin itu punca dia membakar rumah ketika saya tidur meskipun kami lepak bersama malam sebelumnya. Dia selalu buat kacau kerana mabuk setiap kali minum,” katanya lagi.
Gerri diiringi peguamnya menyerah diri kepada balai polis Batu Ampar. Dia mengaku membakar sepasang kasut di rumah setinggan adik iparnya.

Gerri berkata, dia bergaduh dengan Surti selepas isterinya tidak pulang selama dua hari ke sini. - Agensi
sumber



No comments:

Letak Link Blog Anda Di Sini