Sape klik sini memang baik...

19 May 2012

Artis Barat dan Stuntmen Mereka


Berikut adalah gambar artis Barat dan stuntmen mereka...
hah...muka pun dah lebih kurang sama je kan...layannnn

 Angelina Jolie

 Tom Cruise dan Cameron Diaz

 Regina King

 Brad Pitt

Robert Pattinson

Jennifer Lopez

18 May 2012

Siapakah Kita??

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang suka melengahkan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada selalu menumpu-numpukan harta.

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk beribadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang tertipu ?
Orang yang tertipu adalah mereka yang menyangka akan membawa nikmat dunia ke alam kuburnya, atau mereka yang merasa hidup cuma di alam dunia saja. Setiap nikmat serta anugerah Allah tidak mampu mendekatkan dirinya kepada Ilahi, akan tetapi dia lupa dan lalai untuk bersyukur.

Siapakah orang yang sengsara ?
Orang yang sengsara ialah orang iri hati dan dengki akan nikmat saudaranya. Setiap orang lain senang kerana anugerah Allah, dia justeru makin sempit hatinya kerana ketidakpuasan jiwa.

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang pahala amal salihnya habis untuk menutupi keburukan akhlaknya

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang paling baik.

Siapakah orang yang manis senyumannya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang memiliki mata paling indah ?
Orang yang memiliki mata terindah adalah mata yang banyak menangis kerana Tuhannya. Mereka takut akan dosa dan azab seksa-Nya, mereka mengharap belai kasih dan maaf-Nya, dan mereka cinta dan rindu akan perjumpaan dengan-Nya.

Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah orang yang bahagia ?
Orang yang bahagia adalah mereka yang tidur di malam ini dengan tidak membawa beban dalam hatinya. Mereka memaafkan kejahilan saudaranya dan melapangkan urusan sesamanya.

sumber


p/s--> renung-renungkan la siapakah kita sebenarnya...


17 May 2012

Yeah...merdeka for 1 week

salam semua...
lamo benor teman dah tak menaip ni..super duper buzy la katekan
baru je tadi abis long case exam kat hospital.  ALHAMDULILLAH..syukur dapat jawab semua soklan.
sekarang ni tinggal berdoa dan tawakal je


bukak je blog...rupa blog dah berubah.nak cari button 'new post' pun kemain lama..hahaha
apatah lagi nak cari button yang lain..nak kene godek2 gak la blog ni

pasni da 1 week holiday, pastu masuk posting baru plak which is surgery posting. adeih dah la sebelum ni posting medicine mencabar giler kot..so..i hope surgery posting will be nice to me..acecece..

k la...
pasni leh maraton english movie yang best2, maraton cite running man dan korean drama *yang ni baru nak berjinak-jinak dengan drama korea, pengaruh dari adik beradik la ni*



p/s---> 20 may 2012 nanti datang la ke Brickfield ramai2..da RED RIBBON CAMPAIGN




Letak Link Blog Anda Di Sini