Sape klik sini memang baik...

18 May 2012

Siapakah Kita??

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang suka melengahkan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada selalu menumpu-numpukan harta.

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk beribadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang tertipu ?
Orang yang tertipu adalah mereka yang menyangka akan membawa nikmat dunia ke alam kuburnya, atau mereka yang merasa hidup cuma di alam dunia saja. Setiap nikmat serta anugerah Allah tidak mampu mendekatkan dirinya kepada Ilahi, akan tetapi dia lupa dan lalai untuk bersyukur.

Siapakah orang yang sengsara ?
Orang yang sengsara ialah orang iri hati dan dengki akan nikmat saudaranya. Setiap orang lain senang kerana anugerah Allah, dia justeru makin sempit hatinya kerana ketidakpuasan jiwa.

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang pahala amal salihnya habis untuk menutupi keburukan akhlaknya

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang paling baik.

Siapakah orang yang manis senyumannya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang memiliki mata paling indah ?
Orang yang memiliki mata terindah adalah mata yang banyak menangis kerana Tuhannya. Mereka takut akan dosa dan azab seksa-Nya, mereka mengharap belai kasih dan maaf-Nya, dan mereka cinta dan rindu akan perjumpaan dengan-Nya.

Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah orang yang bahagia ?
Orang yang bahagia adalah mereka yang tidur di malam ini dengan tidak membawa beban dalam hatinya. Mereka memaafkan kejahilan saudaranya dan melapangkan urusan sesamanya.

sumber


p/s--> renung-renungkan la siapakah kita sebenarnya...


1 comment:

monsterz said...

info yang menarik

Letak Link Blog Anda Di Sini