Sape klik sini memang baik...

Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

15 August 2012

4 Cara Mudah Untuk Masak Jagung

Jagung memang sedap kalau dimakan masa panas-panas.
tapi mesti da diantara korang yang suka makan jagung tapi malas kalau bab suh masak jagung.
lebih-lebih lagi tang nak buang kulit dan bulu jagung tu kan
meh tengok 4 cara mudah untuk masak jagung







Apa kata cuba menghantar pesanan Raya melalui App #SemangatRamadhan. Setiap ‘share’ menyumbang RM1 kat badan amal



14 August 2012

Ada Apa Dengan Ketawa?

Ketawa adalah ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.



Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.

Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental.

sumber


Bulan Ramadhan adalah masa untuk bermaafaan sesame sendiri dan memperbaharui hubungan -  
baik hantar mesej #UEratkanLagi



12 August 2012

Kembar Siam Bintangi Rancangan Realiti TV

WASHINGTON - Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu hidup kurang dari dua hari.


Namun, Abigail dan Brittany Hensel menyangkal andaian itu, apabila kedua-duanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Pasangan kembar yang berkongsi badan tetapi mempunyai jantung, paru-paru dan kepala berasingan menarik perhatian sebuah stesen televisyen apabila ditawar menjadi pelakon utama sebuah rancangan realiti.

Program itu memaparkan situasi selepas bergelar graduan Universiti Bethel Minnesota, mencari pekerjaan dan mengembara merentasi Eropah bersama rakan-rakan.



28 January 2012

Ulat Beluncas yang Menyerupai Ular

cuba korang tengok ulat beluncas a.k.a ulat bulu ni...
dah macam ular je rupanye kan


nama sebenar ulat ini ialah Deilephila elpenor yang lebih dikenali sebagai 'elephant hawk caterpillar'
ulat ni duk dekat negara omputih nun cam kat British dan Ireland.. ulat ni tak da kat Malaysia ye..


ulat ni panjang die 75mm.tapi kalau kat Malaysia, spesis ulat bulu semuanya kecil2 je. rasanya tak sampai 75mm kot. tengok gamba ni pun cam besar je rupanya


ianya akan menyerupai ular untuk mengaburi pihak musuh. ulat ini akan mengunjurkan bahagian yang paling depan sekali. bentuk yang paling depan sekali la yang akan menyerupai ular dengan tompok yang menyerupai seperti mata ular


yang ni pula, apabila ulat ni dah berubah jadi rama-rama. cantik la pulak kan

Letak Link Blog Anda Di Sini