Sape klik sini memang baik...

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

10 August 2012

6 Perkara ALLAH Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 




Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 


25 May 2012

Cakap Tak Serupa Bikin

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. 
 
Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?”
 
 Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
(Riwayat: Bukhari dan Muslim)
 
 


Huraian Hadith :-
1. Allah sentiasa melihat perbuatan manusia sama ada yang baik atau yang jahat.

2. Janganlah berpura-pura dan mempersendakan perkara-perkara kebajikan sedangkan Allah Maha Mengetahui.

3. Hadis ini menunjukkan besarnya dosa orang yang menyuruh kepada yang makruf sedangkan dia sendiri tidak melakukannya (khususnya perkara wajib dan fardhu) atau melarang daripada kemungkaran sedangkan dia melakukannya. Ini kerana dia melakukannya dengan penuh sedar dan dengan pengetahuan yang cukup bukan kerana lupa atau jahil.

4. Melakukan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran adalah sebab seseorang itu terhindar daripada neraka.

5. Azab neraka yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah antara perkara ghaib yang wajib diimani.
 
 



27 January 2012

Awal dan Akhir

Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.


1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam tanah setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

sumber

Letak Link Blog Anda Di Sini