Salam semua..
Rasanya cam dah berabad zue tak update blog kan..banyak perkara berlaku tau...
Malas nak cerita panjang zue ringkas kan la je *hehe dasar malas betul*
•mana pada yang tau, sem ni sem getir. Zue da 2 exam besar..ALHAMDULILLAH..syukur sangat sebab zue lulus
•bulan 7 aritu gak la abang sulung zue kahwin. Kalau korang nak tau, abang zue kahwin mase zue tengah pro exam..huhu...zue balik je umah celebrate wedding day tu..huhu...nasib lulus..kalau tak mau nangis air mata darah kot
Eh...tadi rasa cam banyak je nak cite ngan korang..cukup la 2 info ringkas tu ye...hehe
Akhir kata..
Selamat tido dan jangan lupa bangun sahur..
- Posted using BlogPress from my iPhone
11 August 2011
29 June 2011
Mirren kunjungi pantai bogel
PELAKON veteran Helen Mirren mengakui telah mengunjungi pantai yang membenarkan para pengunjungnya berbogel dan mengakui ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.
Aktres berusia 65 tahun itu menegaskan bahawa berbogel di kawasan awam merupakan suatu kebebasan.
“Sudah tiga kali saya mengunjungi pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel dan ia sangat menyeronokkan,” ujarnya.
Tambah Mirren: “Ia (berbogel di pantai) merupakan suatu pengalaman semula jadi dan secara langsung menukar pemikiran saya tentang bogel dan seksualiti.
Dalam pada itu, biarpun sudah banyak kali berbogel dalam filem-filem lakonannya, Mirren mengakui tidak selesa dengan bentuk badannya.
Katanya: “Apa yang sebenarnya, saya tidak yakin dengan bentuk tubuh saya. Tubuh (supermodel) Naomi Campbell hebat, tapi tubuh saya tidak menyamai Naomi.” Sumber KOSMO
p/s: Berbogel di kawasan awam suatu yg menyeronokkan? Confirm minah nie da x waras....huhuhu
Labels:
berita
21 June 2011
Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal
![]() |
| COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam. |
KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. Sumber KOSMO
p/s: Dunia semakin tiada batasan. Adakah perkara sebegini akan terjadi di Malaysia juga?
Labels:
berita
Subscribe to:
Posts (Atom)

