Sape klik sini memang baik...

30 November 2010

KeCeWa


result exam minitest dah kuar semalam
nak kata sedih, memang la sedih..tapi lebih pada kecewa sebenarnya

zue dapat c+ lagi.. minitest aritu pun dapat c+ gak
bukan la zue tidak bersyukur, tapi kecewa dengan prestasi kali ini
kalau sebelum ini, amat lah jarang dapat gred c dan c+

aduh...
rasa macam bersalah je sebab tidak fokus dan terlalu lalai
tak mahu jadi camni lagi...


p/S---> tak mahu belajar main2 lagi dah...waaaaaa

29 November 2010

I'm BacK!!!

salam...

lame giler tak update blog. zue da banyak cerita tapi bab nak menaip tu yang malas. berat je jari nak taip...hoho

pagi tadi, zue dah pun selamat menjawab minitest 1 bagi blok urinary system. nak kate susah tu tak da la susah sangat..kalau baca nota, memang confirm dapat jawab..hehe

7 subjek dalam 1 system...pengsan!!

rabu ni plak da seminar epidemiology. setiap student kene present pasal 1 penyakit kat Malaysia ni. zue dapat tajuk MELIOIDOSIS...satu benda pun tak cari lagi ni..parah parah

jumaat depan plak, da minitest 2. aduyaiii....tu la lumrah hidup student. hampir tiap2 minggu da test. tak da test da tuto... macam la kalau dah keje nanti ye??


p/S--->petang ni tak da klas...tapi nak kene siapkan slide melioidosis

09 November 2010

SuNggUh TiDak adiL!!!

salam...

semalam bermulanya block urinary system
1st lecture adalah anatomy. not bad la..belajar tentang kidney dan ureter.semua benda nak dibebelkan dalam masa 1 jam..fahamnya tak tau la (^___^)

yang tak bestnya semalam
dapat new timetable..sangat sangat la tidak puas hati dan tidak adil
ada ke patut cuti raya haji hanya 1 hari je??kami hanya bercuti pada hari rabu je
bayangkan la..kelas hari selasa tu habis pukul 4 petang. pastu esok petangnya dah nak balik kolej dah...aduh...diorang ni tak fikir ke? sian pada budak yang tinggal jauh..alamatnya tak balik raya la jawabnya

zue pulak tak tau la nak balik ke tak...
sebabnya hari khamis tu ada tutorial dan review
tak balik kang..kot banjir la plak PJ ni kang...hehe


p/S--->rasa cam nak ponteng je kelas hari khamis dan jumaat tu

p/s--->result test ari tu dah kuar..still lulus tapi jatuh skit berbanding 1st test dulu

Letak Link Blog Anda Di Sini