01 June 2011
Iphone VS Blackberry
Salam semua...selamat pagi dan moga hidup korang ceria2 slalu ari nie...
Ari nie zue nak diskusi dgn korang pasal gadjet pilihan hati. Well kita tahu yg gadjet nie x dpt dipisahkan dari hidup seharian kita seperti kata Allahyarham P Ramlee bagai irama dan lagu yg x dpt dipisah jua.
So walau mcm mana nerd or x minat seseorang tue pd teknologi pun, he or she would n perhaps i must say must need gadjet to help ease routine activities. So at least paling kopak pun ada lak handphone kan.
So bila kita bercakap tentang phone nie, kita semua sedang merasai bahang penggunaan gadjet pilihan hati rakyat Malaysia of top ranking yakni Iphone dan blackberry. Korang gie la memana pun akan nampak je jari jemari anak2 muda, dewasa dan even atuk nenek pun ligat menggunakan Iphone atau blackberry.
Jadi sebagaimana tajuk di atas, zue nak tanya korang mana satu pilihan korang? Iphone atau blackberry?
Well actually both ada kelebihan dan kekurangan masing2. Pada zue dua2 gadjet supernova nie sangat2 sophisticated dan memudahkan keje2 kita seharian. So let us review a bit both gadjets.
Iphone yg mula diperkenalkan oleh pengasas Apple yaknie Steve Jobs sejak 2007 kian menjadi kegilaan orang ramai especially golongan anak muda yg terpikat dgn kecanggihan fungsi dan aplikasinya. Kini Iphone telah mengalami beberapa evolusi dan terbaru Iphone4 datang dgn spesipikasi smartphone yg lebih updated.
Iphone nie lebh terkenal dgn platform aplikasi nya (apps) yg pelbagai. Manakala spesifikasinya yg lain seperti multi-touch, grafik dan sebagainya menjadikan Iphone nie idaman ramai. So senang cite Iphone nie memang wajib beli la. So kpd Steve Jobs sila la turun kan harga Iphone4 cepat ye....huhuhu.
What about blackberry? Well gadjet nie pulak dihasilkan oleh kompeni Canada yakni Research In Motion sejak 1999. Gadjet nie pada awalnya lebih kpd personal digital assistant yakni PDA yg banyak digunapakai oleh golongan profesional dan eksekutif bagi tujuan quick messaging n work purposes.
Namun recently perhaps sejak 2008, blackberry menjadi idaman anak muda dek kerana fungsi social networknya yg mudah. Penggunaan social network yg mudah melalui blackberry i.e Facebook terutamanya, YM, skype, youtube dan sebagainya menjadikan anak muda kini juga memilih blackberry sbg gadjet pilihan selain Iphone.
Jadi kenkawan...apa pilihan hati anda? Bagi tau la zue ye. Sharing is carine...hehehe.
p/s: If ada yg nak kongsi gadjet pilihan hati selain dua yg atas nie pun xpe....zue x kisah
Labels:
Gadjet
31 May 2011
Nak tinggal luar atau asrama?
Salam semua,moga sihat2 slalu...chaiyok2!
Well entri kali nie nak tulis santai skit. Maybe sebab kekeringan idea tahap gaban namun zu cuba la tulis jgk ye so x da la kosong je blog nie.
Mcm yg korang boleh nampak dgn jelas tajuk di atas tue, jadi zu tanpa segan silu nak tanya la di sini especially pada pelajar2 kolej dan universiti.
Antara tinggal di luar atau asrama, yg mana satu pilihan korang? Sape nak tinggal luar sila angkat tangan....eh mcm nampak lak di alam maya nie ye....hehehe.
Jadi boleh x korang bantu zu bagi idea mcm kebaikan n keburukan tinggal asrama atau luar. Atau pengalaman korang sendiri ke yg dapat dijadikan sbg guidance utk zu wat keputusan nak tinggal asrama atau luar je.
Asrama....luar....asrama...luar.....luar....asrama...argghhh pening nak tinggal mana nie....tolong ye kenkawan...huhuhu.
Labels:
personal
30 May 2011
'Polis bodo' punca naik mahkamah
KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.
Perempuan terbabit yang berasal dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.
Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes. Sumber KOSMO
p/s: Alahai terlampau berani sangat kan dah terima padah.Memang betul peribahasa kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa....huhuhu
Labels:
berita
Subscribe to:
Posts (Atom)


