Sape klik sini memang baik...

11 March 2011

E.X.A.M!!!

salam semua

rasanya lama dah zue tak post apa2 kan... sekarang ni dah masuk sem 4..sem yang sukar, getir dan mencabarkan..

serius ni korang... sem ni zue rasa cam double trouble...oopppsss.. rasanya bukan tu je kot.. lebih dari trouble double.. sem ni gak la tekanan semakin bertambah. silap hari bulan kalau tak pandai tangani stress, mau hilang semangat rasanya

untuk pengetahuan korang ni, sem ni zue da 2 exam besar. pertama cam biasa la, exam final. kedua tak lain tak bukan pro exam. pro exam ni la yang menentukan sama da zue leh masuk clinical year atau pun tak.. cam ngeri je...huhu


exam ni semua pada bulan 7.. pas tambah tolak bahagi darab, da 4 bulan je lagi nak ngadap 2 exam ni.. wahhh...4 bulan tu kejap je kan.. banyak benda lagi nak kena study ni..


 p/s---> hafal muscles a.k.a otot (@__@)

20 February 2011

Dun-Dun Di Malaysia

1) DUN yg paling sejuk - DUN Batu Berendam
2) DUN yg paling tak de rasa - DUN Air Tawar
3) DUN yg paling panas - DUN Pedas.
4) DUN yg paling miskin - DUN Sekupang
5) DUN yg paling muda - DUN Sri Muda
6) DUN yg paling basah - DUN Sg Besar
7) DUN yg kuat makan satay - DUN Kajang
8) DUN yg banyak hantu - DUN Pucong
9) DUN yg ada istana - DUN Kota Raja.
10)DUN yg banyak ikan - DUN Tg Sepat
11)DUN yg paling keras - DUN Batu Tiga.
12)DUN paling pendalaman - DUN Hulu Klang
13)DUN banyak air - DUN Ampangan
14)DUN banyak penganas - DUN Kuala Kubu.
15)DUN paling takde kemajuan - DUN Gurun
16)DUN paling bahaya - DUN Baling.
17)DUN banyak semut - DUN Kota Sarang Semut.
18)DUN paling pelik - DUN Sg Ada Burung
19)DUN ada binatang - DUN Kijang
20)DUN paling wangi - DUN Pokok Sena
21)DUN paling tak cantik - DUN Batu Buruk



p/s----> Nie sekadar melawak je ye...hehehe

18 February 2011

keje part time superhero





SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control (penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.


p/s--->superhero ni bila dah pencen leh la mohon keje seperti di atas...hehehe. 

Letak Link Blog Anda Di Sini