Sape klik sini memang baik...

28 January 2012

Ulat Beluncas yang Menyerupai Ular

cuba korang tengok ulat beluncas a.k.a ulat bulu ni...
dah macam ular je rupanye kan


nama sebenar ulat ini ialah Deilephila elpenor yang lebih dikenali sebagai 'elephant hawk caterpillar'
ulat ni duk dekat negara omputih nun cam kat British dan Ireland.. ulat ni tak da kat Malaysia ye..


ulat ni panjang die 75mm.tapi kalau kat Malaysia, spesis ulat bulu semuanya kecil2 je. rasanya tak sampai 75mm kot. tengok gamba ni pun cam besar je rupanya


ianya akan menyerupai ular untuk mengaburi pihak musuh. ulat ini akan mengunjurkan bahagian yang paling depan sekali. bentuk yang paling depan sekali la yang akan menyerupai ular dengan tompok yang menyerupai seperti mata ular


yang ni pula, apabila ulat ni dah berubah jadi rama-rama. cantik la pulak kan

27 January 2012

Awal dan Akhir

Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.


1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam tanah setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

sumber

26 January 2012

Flash Mob di KLIA

apa perasaan korang bila korang turun dari kapal terbang, tengah2 berjalan ke balai ketibaan...
tetiba da sekumpulan orang tengah nyanyi2 dan berjoget sakan...
mesti korang fikir 'eh..aku salah masuk ke ni??' tak pun korang rasa 'ahh..aku kene prank dah ni'

baru2 ni kat KLIA dengan kerjasama MAS satu flash mob telah diadakan.. flash mob bermaksud apabila sekumpulan umat manusia berhimpun dan melakukan sesuatu aksi untuk seketika dan bersurai apabila tamat..



selalunya diorang buat sebagai hiburan dan kempen pengiklanan.. macam kat KLIA ni diorang buat macam nak kata 'welcome to Malaysia' la kononnya kat pelancong2


if nak tau maklumat lanjut pasal flash mob kat KLIA ni


p/s---> seronok duk umah cuti 1 week (^___^)

25 January 2012

Wordless Wednesday

12 January 2012

Inginkan Kulit yang Sempurna???

siapa disini pengguna L'oreal?? sekarang ni diorang ada keluarkan produk baru..
bedak foundation yang siap da roll on gitu.. kalau dulu korang main tepek2 bedak ngan span kan..
sekarang ni dah canggih u oll..siap da penggelek lagi


bedak foundation ni da 3 warna..korang boleh la pilih warna mane yang sesuai dengan warna kulit muka korang

 camne nak guna bedak ni?? semudah A B C je..cuba tengok gamba kat bawah ni

gelek dan sapu ke muka (^____^)..mudah dan cepat kan kan


untuk makluman lanjut






11 January 2012

Wordless Wednesday

Letak Link Blog Anda Di Sini