Sape klik sini memang baik...

29 June 2011

Mirren kunjungi pantai bogel


PELAKON veteran Helen Mirren mengakui telah mengunjungi pantai yang membenarkan para pengunjungnya berbogel dan mengakui ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Aktres berusia 65 tahun itu menegaskan bahawa berbogel di kawasan awam merupakan suatu kebebasan.
“Sudah tiga kali saya mengunjungi pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel dan ia sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Tambah Mirren: “Ia (berbogel di pantai) merupakan suatu pengalaman semula jadi dan secara langsung menukar pemikiran saya tentang bogel dan seksualiti.

Dalam pada itu, biarpun sudah banyak kali berbogel dalam filem-filem lakonannya, Mirren mengakui tidak selesa dengan bentuk badannya.

Katanya: “Apa yang sebenarnya, saya tidak yakin dengan bentuk tubuh saya. Tubuh (supermodel) Naomi Campbell hebat, tapi tubuh saya tidak menyamai Naomi.” Sumber KOSMO

p/s: Berbogel di kawasan awam suatu yg menyeronokkan? Confirm minah nie da x waras....huhuhu

21 June 2011

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal

COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. Sumber KOSMO

p/s: Dunia semakin tiada batasan. Adakah perkara sebegini akan terjadi di Malaysia juga?

06 June 2011

Siapa nak kahwin?


Salam semua...

How r u my frens today?Zue ari nie nak share short entri je.

Korang dah kahwin or plan nak kahwin dlm masa terdekat? Kalau ye adakah korang dah wat preparation utk persiapkan diri korang sbg seorang lelaki or perempuan yg lebih matang dlm kehidupan bagi melalui hari2 bahagia bersama si dia?

Bagi si laki,dah blaja ilmu agama dgn sebaiknya utk memimpin si isteri dan anak2?Dah cari kerja yg halal dan sesuai utk memberi sesuap nasi kpd si isteri dgn usaha dan tenaga sendiri dari sumber yg diredhai Allah.

Bagi si perempuan,sdh ke anda lengkapkn diri dgn ilmu rumah tangga?Byk2 blaja dari ibu anda or org yg pengalaman.Yg penting jadilah isteri yg setia taat pd suami dan sentiasa buat suami tersenyum bahagia setiap kali melihat anda.

Ada sesiapa nak share pengalaman debaran nak kahwin?

- Posted using BlogPress from my iPhone

02 June 2011

Feedback tinggal Asrama VS Luar


Salam semua...

Apa kabar korang ari nie? Zue harap semuanya sihat2 belaka la. Of course la kan sbb skrg nie budak2 sekolah cuti dan student2 universiti pun kebanyakan cuti panjang jadi semakin sihat la duk rumah makan tido je...hehehe.

Jadi entri kali nie zue nak kongsi feedback entri selasa lepas bertajuk nak tinggal luar atau asrama? Pada sesape yg belum bace boleh la klik sini.

Sebelum tue zue nak ucapkan bebanyak time kasih daun keladi atas kesudian dan kerajinan korang komen dan beri pandangan peribadi yg sgt membantu zue wat keputusan. So pada entri tue, kebanyakan feedback yg zue dpt dari korang mengatakan tinggal di asrama lebih baik berbanding luar atas sebab2 berikut;
  • Jimat duit (kos tempat tinggal, perjalanan etc)
  • Senang nak gie kuliah. If kelas batal pun senang nak balik
  • Dpt sesuaikan diri dulu d kwsn tue n kenal kawan2 sebelum tinggal luar
  • Terselamat dari buat benda x berfaedah i.e gie joli, shopping, balik lambat
  • Terselamat dari ponteng kelas so xda la pointer drop
So tue antara  sebab yg zue dpt senaraikan, maybe da lagi tapi from dat only sememangnya zue akui tinggal di asrama tue lebih baik dari asrama. Namun di sini zue nak share gak situasi zue di sini.

Untuk pengetahuan korang zue nie blaja di kolej swasta. Name kolej tue biarlah zue rahsiakan ye. Di kolej nie, asrama yg disediakan agak teruk juga dari beberapa aspek yakni;
  • Bayaran asrama bulanan berjumlah  RM 375.00. Diulangi untuk sebulan ye, bukan satu sem. Dengan bayaran bulanan sebanyak tue kalau sewa luar pun dah boleh dapat master bedroom apartment yg da kolam renang lengkap dgn partial or full furnitures.
  • Bilik asrama tue pulak menempat dua pelajar sebilik dgn keluasan yg terhad. Senang cakap memang kecik la, macam hotel budjet je.
  • Kawasan asrama dekat je dgn jalan utama dan budak2 yg bercampur lepak2 di bawah menjadikan suasana tue buat sakit kepala je.
  • Tingkap dia pulak kena skru yg boleh bukak muat2 satu dua jari je. So bilik memang x dpt pengudaraan yg baik la.
So tue antara sebab zue rasa tinggal luar lebih baik je. Dari segi jimat memang x jimat dah dgn bayaran bulanan mcm tue. Tinggal luar maybe jimat sikit.

Dari segi keselematan rasa tinggal di asrama nie x selamat je pun jugak dgn budak2 yg slalu lepak bawah asrama mcm pesta je. Ada jugak nampak budak2 yg balik waktu subuh. So macam sama je dgn keadaan luar or maybe teruk lagi.

Dari segi pelajaran yg mungkin terabai nie la yg zue fikir jgk nak tinggal luar utk score dgn lebih baik lagi la sebab suasana asrama yg agak semak nak memeningkan nie buatkan takde mood je nak study...huhuhu.

So tue la serba sedikit feedback korang yg zue nak sharekan dan pandangan peribadi zue sendiri. Walau bagaimanapun zue hormati pandangan korang n again zue ucap time kasih bebanyak komen ye.

So sbg konklusinya zue nak tinggal luar wahai kawan2 semua. Doakan semuanya berjalan dgn lancar ye. TQ

01 June 2011

Iphone VS Blackberry


Salam semua...selamat pagi dan moga hidup korang ceria2 slalu ari nie...

Ari nie zue nak diskusi dgn korang pasal gadjet pilihan hati. Well kita tahu yg gadjet nie x dpt dipisahkan dari hidup seharian kita seperti kata Allahyarham P Ramlee bagai irama dan lagu yg x dpt dipisah jua.

So walau mcm mana nerd or x minat seseorang tue pd teknologi pun, he or she would n perhaps i must say must need gadjet to help ease routine activities. So at least paling kopak pun ada lak handphone kan.

So bila kita bercakap tentang phone nie, kita semua sedang merasai bahang penggunaan gadjet pilihan hati rakyat Malaysia of top ranking yakni Iphone dan blackberry. Korang gie la memana pun akan nampak je jari jemari anak2 muda, dewasa dan even atuk nenek pun ligat menggunakan Iphone atau blackberry.

Jadi sebagaimana tajuk di atas, zue nak tanya korang mana satu pilihan korang? Iphone atau blackberry?

Well actually both ada kelebihan dan kekurangan masing2. Pada zue dua2 gadjet supernova nie sangat2 sophisticated dan memudahkan keje2 kita seharian. So let us review a bit both gadjets.

Iphone yg mula diperkenalkan oleh pengasas Apple yaknie Steve Jobs sejak 2007 kian menjadi kegilaan orang ramai especially golongan anak muda yg terpikat dgn kecanggihan fungsi dan aplikasinya. Kini Iphone telah mengalami beberapa evolusi dan terbaru Iphone4 datang dgn spesipikasi smartphone yg lebih updated.

Iphone nie lebh terkenal dgn platform aplikasi nya (apps) yg pelbagai. Manakala spesifikasinya yg lain seperti multi-touch, grafik dan sebagainya menjadikan Iphone nie idaman ramai. So senang cite Iphone nie memang wajib beli la. So kpd Steve Jobs sila la turun kan harga Iphone4 cepat ye....huhuhu.

What about blackberry? Well gadjet nie pulak dihasilkan oleh kompeni Canada yakni Research In Motion sejak 1999. Gadjet nie pada awalnya lebih kpd personal digital assistant yakni PDA yg banyak digunapakai oleh golongan profesional dan eksekutif bagi tujuan quick messaging n work purposes.

Namun recently perhaps sejak 2008, blackberry menjadi idaman anak muda dek kerana fungsi social networknya yg mudah. Penggunaan social network yg mudah melalui blackberry i.e Facebook terutamanya, YM, skype, youtube dan sebagainya menjadikan anak muda kini juga memilih blackberry sbg gadjet pilihan selain Iphone.

Jadi kenkawan...apa pilihan hati anda? Bagi tau la zue ye. Sharing is carine...hehehe.

p/s: If ada yg nak kongsi gadjet pilihan hati selain dua yg atas nie pun xpe....zue x kisah

Letak Link Blog Anda Di Sini