Sape klik sini memang baik...

31 May 2011

Nak tinggal luar atau asrama?


Salam semua,moga sihat2 slalu...chaiyok2!

Well entri kali nie nak tulis santai skit. Maybe sebab kekeringan idea tahap gaban namun zu cuba la tulis jgk ye so x da la kosong je blog nie.

Mcm yg korang boleh nampak dgn jelas tajuk di atas tue, jadi zu tanpa segan silu nak tanya la di sini especially pada pelajar2 kolej dan universiti.

Antara tinggal di luar atau asrama, yg mana satu pilihan korang? Sape nak tinggal luar sila angkat tangan....eh mcm nampak lak di alam maya nie ye....hehehe.

Jadi boleh x korang bantu zu bagi idea mcm kebaikan n keburukan tinggal asrama atau luar. Atau pengalaman korang sendiri ke yg dapat dijadikan sbg guidance utk zu wat keputusan nak tinggal asrama atau luar je.

Asrama....luar....asrama...luar.....luar....asrama...argghhh pening nak tinggal mana nie....tolong ye kenkawan...huhuhu.

30 May 2011

'Polis bodo' punca naik mahkamah


KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.

Perempuan terbabit yang berasal dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.

Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes. Sumber KOSMO

p/s: Alahai terlampau berani sangat kan dah terima padah.Memang betul peribahasa kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa....huhuhu

Letak Link Blog Anda Di Sini