Sape klik sini memang baik...

20 February 2011

Dun-Dun Di Malaysia

1) DUN yg paling sejuk - DUN Batu Berendam
2) DUN yg paling tak de rasa - DUN Air Tawar
3) DUN yg paling panas - DUN Pedas.
4) DUN yg paling miskin - DUN Sekupang
5) DUN yg paling muda - DUN Sri Muda
6) DUN yg paling basah - DUN Sg Besar
7) DUN yg kuat makan satay - DUN Kajang
8) DUN yg banyak hantu - DUN Pucong
9) DUN yg ada istana - DUN Kota Raja.
10)DUN yg banyak ikan - DUN Tg Sepat
11)DUN yg paling keras - DUN Batu Tiga.
12)DUN paling pendalaman - DUN Hulu Klang
13)DUN banyak air - DUN Ampangan
14)DUN banyak penganas - DUN Kuala Kubu.
15)DUN paling takde kemajuan - DUN Gurun
16)DUN paling bahaya - DUN Baling.
17)DUN banyak semut - DUN Kota Sarang Semut.
18)DUN paling pelik - DUN Sg Ada Burung
19)DUN ada binatang - DUN Kijang
20)DUN paling wangi - DUN Pokok Sena
21)DUN paling tak cantik - DUN Batu Buruk



p/s----> Nie sekadar melawak je ye...hehehe

18 February 2011

keje part time superhero





SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control (penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.


p/s--->superhero ni bila dah pencen leh la mohon keje seperti di atas...hehehe. 

13 February 2011

lawak temuduga

 

tersebut la satu kisah...Boboi nak pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak Boboi dengan pakaian yang tak kena konsep,rambut  yang dah macam kuda belang, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! manusia macam ni pun ada!".

Tapi apa-apa pun dia kena interview juga si Boboi ni. Jadi dia pun tanyalah Boboi, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Boboi pun berfikir sejenak dan dengan selambanya menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."

mendengar jawapan Boboi tu... pengurus tu terus pengsan!!


p/s---> hehe..benda ni sekadar perkongsian je...kalau korang gi interview camne lak??? cite la skit pengalaman korang

08 February 2011

Pantun Ultraman

gamba dari pak cik google
Pulau Hokkaido jauh ke tengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur raksase di'fire' ultraman
Ultraman yang baik dikenang jua

Dua tiga raksase berlari
Mane nak same raksase Kero
Dua tiga ultraman boleh ku cari
Mane nak same ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje raksase
Badan dan kepale die ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa dalam baju?
Ade lampu nyale-nyale

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahase
'Fire' diberi pada raksase


p/s---> dulu masa kecik2, slalu tengok cite ultraman..korang suka tengok tak?? baik ngaku cepat  (^___^)


07 February 2011

Cerpen Cinta - Cemburu (Part 4)


Ketika dia sibuk merenungi nasib diri, tiba-tiba Zarul muncul mengetuk cermin kereta. Di belakangnya kelihatan Ikwan yang memandangnya dengan wajah penuh misteri. Alia segera membuka tingkap.

“Kakak..saya telah diterima bekerja di sini.. emn! Ni lah bos saya.. katanya nak jumpa kakak..” kata Zarul sambil tersenyum simpul. Hati Alia menjadi tidak keruan. Dia memandang muka Zarul dan Ikwan silih berganti.

“ Emn.. boleh kita cakap sendirian..?” Kata Ikwan dengan tenang.

Alia terasa lidahnya kelu. Dia yakin, Ikwan mahu berterus terang dengannya kini. Terasa air mata mula bertakung di bibir matanya. Alia mengangguk perlahan.

“Lia naik kereta Wan?” Ikwan membuka pintu keretanya. Alia angguk lagi. Dia segera keluar dari kereta kancilnya dan masuk ke dalam kereta Honda Ikwan.

“Zarul balik dulu lah!” kata Alia pada Zarul. Zarul agak kehairanan kerana bakal bosnya mengajak kakak sepupunya masuk ke dalam keretanya pula. Tapi Zarul tidak membantah. Dia masuk ke dalam kereta dan beredar.

“Kita pergi tempat biasa?” kata Ikwan lembut. Alia tidak menyahut. Dia hanya terbayang puncak bukit di mana mereka selalu menghabiskan masa bersantai di situ. Dengan membawa sedikit bekalan, mereka seolah-olah berkelah di puncak bukit itu. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Helina. Alia yakin, Ikwan hendak bercakap tentang hubungan mereka pada hari ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka mengunjungi puncak bukit yang indah itu.

“Kenapa diam?”

Alia menoleh memandang Ikwan. Ikwan melirik padanya sambil terus memandu. “ Emn.. tak ada apa..” Sahut Alia malas.

Sebenarnya dia mahu meluahkan segala yang berbuku di hatinya. Dia mahu tanya tentang Helina dan mengapa Ikwan merahsiakan hubungannya dengan Helina selama ini. Alia ingin sekali mengamuk dan meradang atas sikap Ikwan yang mempermainkan hati dan perasaannya. Namun, Alia hanya membisu, dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Ikwan. Cintanya pada Ikwan begitu dalam dan Alia pasrah jika terpaksa mendengar khabar buruk itu hari ini.

Sepuluh minit kemudian mereka sampai di puncak bukit. Suasana tenang dan dingin. Tapi hati Alia semakin ketakutan. Takut menghadapi kata-kata perpisahan dari Ikwan. Ikwan kejam kerana mempermainkan harga dirinya. Alia tidak mahu kelihatan bodoh dengan mengamuk atau melenting pada Ikwan yang nyata menjadikannya sebagai boneka mainan. Itulah tekad Alia. Alia ingin terus bersabar!

“ Kenapa diam saja dari tadi Lia..?” tanya Ikwan lagi.

Dia memandang mata Alia seolah-olah mencari-cari sesuatu di situ. Wajah Alia muram saja. Tidak ada apa-apa di matanya kecuali kedukaan.

“Cakaplah apa yang Wan nak cakap..” ujar Alia membuang pandangannya dari wajah Ikwan. Ikwan menarik nafas berat. Sukar untuk memulakan kata-kata.

“ Wan tahu, Alia kecil hati kerana Wan seolah-olah menjauhkan diri dari Lia.. maafkan Wan..” Ikwan mula membuka kata-kata. Alia mengigit bibir menahan sendu di hatinya.

“Lia pun tidak mahu menghubungi Wan lagi.. Lia juga seolah-olah tidak mahu ambil tahu tentang Wan lagi..” Sambung Ikwan.

Alia terus membisu, dia enggan berkata apa-apa. Biarlah Ikwan menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum mereka berpisah. Alia bersiap untuk mendengar kebenaran yang pasti menyakitkan itu.

“Biarlah Wan berterus terang dengan Lia…”

p/s:
1) Sory post lambat sambungan nie coz agak bz
2) Agak2 korang pe yg Ikwan nak terus terang? Memang dia dgn Helina ke?
3) Sape nak bace siri lepas nie linknye...Siri 1, Siri 2Siri 3

Letak Link Blog Anda Di Sini