Sape klik sini memang baik...

31 January 2011

lawak telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


p/s---> mau trauma ngan tepon kalau kene camni
p/s--->lawak ni zue amik kat sini

29 January 2011

Pantun Aurat Wanita Zaman Moden


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

p/s----> Maaf pd sape2 yg terasa. Sekadar perkongsian ikhlas sbg pengajaran. Same2 kita hayati ye...

26 January 2011

Suami Kedekut


Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut. Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu?" sambil menunjuk ke dalam cermin.
"Awak ambil yang itu dan yang di luar cermin ini adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu dia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab dan terus menarik tangan suaminya masuk ke bilik. Di dalam bilik suaminya mengulangi pertanyaannya lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu?" sambil menunjuk ke dalam cermin.
"Itu adalah kepunyaanmu dan yang di luar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini!"

p/s----> Wah kalau benda nie jadi pd korang, agak2 pe reaksi korang ye?hehehehe

17 January 2011

Mesin ATM terbaru!!!


Pe perasaan korang kalau semua mesin ATM kat Malaysia jadi cam dalam gamba ni???


mau berpeluh ketiak jawab soklan camni...hehe
tak pasal2 jualan kalkulator saintifik meningkat kan...

p/s---> minggu ni adalah study week..next week dah exam.. 

16 January 2011

Gajah purba diklon bakal hidup semula


TOKYO – Gajah Mammoth yang pupus sejak beribu-ribu tahun dahulu bakal dihidupkan semula dalam masa cuma empat tahun, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Dalam siri eksperimen mirip filem sains fiksyen The Jurrasic Park, nukleus tisu kulit dan otot Mammoth yang ditemui beku di dalam ais di Siberia akan digunakan untuk menghidupkan semula haiwan purba itu.

“Masalah teknikal dalam eksperimen ini telah diatasi, kami cuma memerlukan sampel nukleus yang baik,” kata seorang profesor di Universiti Kyoto yang terbabit dalam projek berkenaan, Akira Iritani.

Nukleus sel mammoth itu akan dimasukkan ke dalam sel telur gajah Afrika yang akan berfungsi sebagai ibu tumpang disusuli tempoh bunting selama 600 hari.

“Saya fikir kami mempunyai peluang yang cerah dengan seekor anak gajah mammoth akan dilahirkan dalam masa empat tahun lagi,” katanya. KOSMO

p/s---> tapi kalau mammoth dalam cite ice age tu comel la...
p/s---> cuba korang bayangkan kalau saintis ni cuba hidupkan balik T-rex.. tak ke huru-hara... pe pendapat korang???

12 January 2011

Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur

comei x kucing nie?
JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.

Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. Sumber - KOSMO

p/s----> Korang nak ajar kucing d umah ckp pe lak? Ckp BigMac satu! Ok gitu?hehehe

11 January 2011

Hari tanpa seluar panjang di New York

gile la free show....hehehe
Wah mcm2 la orang puteh nie. Ade2 je diaorg nie budaya n gaye hdp diaorg.

Nie terbaru diaorg wat Hari Tanpa Seluar Panjang. So pe maksudnye tue? Korang mesti faham kn? Maksudnye say 'NO' to seluar panjang N pakat ramai2 pakai seluar pendek n some of them just pakai seluar dalam je. Diulangi 'seluar dalam' ye.

Mak aii diorg nie dah la pakai seluar pendek gie keje, kelas or pe2 la. Memang sah2 x rase segan diaorg nie, ye la kalau beramah mesra di tempat awam pun normal, nie kan pula pakai seluar pendek...apa sgt la kan.

Tapi maselahnye nie kan musim sejuk....boleh lak pakai seluar pendek, lagi la sejuk. Ish2 diaorg nie, lemak tebal ke hape. Bukannye setakat 20 degree celcius, sejuk mcm dalam peti ais tue.

Agak2 korang la kalau d Malaysia yg aman damai nie, sape yg untung kalau wat kempen mcm nie, Laki ke Pompuan? Ha jawab ye...hehehe.

Nak bace berita nie, klik sini

p/s---> Wah dpt free show la....

aduh...nak kene pindah lagi ke??

salam semua...

tadi balik je bilik.. kat lantai da surat cinta.. yang tak bez surat ni nye, notis suruh pindah bilik..
aduh...bab pindah2 ni yang zue malas skit ni.. tambah2 skang ni dah nak dekat final exam

alasan suh pindah sebab aras 8 ni nak renovate jadi bilik aircond.. pulak dah.. jadinya, zue kena la pindah aras 2. nasib bilik baru ni tak menghadap swimming pool..kalau tak hari2 dapat tengok free show.. (^___^)

hoh.. klasik giler gamba ni
tak pe la..maybe da la hikmahnya semua ni kot.. yang penting sekarang ni, fokus pada exam dulu. bab pindah2 ni kemudian leh setel kan.. betul tak??

pagi tadi belajar pasal pap smear.. kalau nak tau pap smear tu pe?? nantikan entri seterusnya...cewaaaahhhh


p/s---> esok da seminar lagi... kali ni pasal hormone replacement therapy la plak..

09 January 2011

Apabila si jejaka menari seperti si gadis

salam semua...

ni semua adalah gara2 sindrom korea sekarang ni.. dik dhirah suh zue tengok video ni..
aduh..nak tergelak pun da gak..

super junior...group feveret dik dhirah


mengikut kata dik dhirah...cewahhhh...
video ni pasal group penyanyi lelaki korean  meniru stail nyayian/tarian group penyayian wanita kat sana
cuba la tengok...pe pendapat korang...

KLIK SINI untuk menonton video tersebut


 p/s---> tak puas lagi duk rumah...petang nanti nak balik PJ da (T___T)

08 January 2011

Cerpen Cinta - Cemburu (Part 3)


“Harun.. aku nak cuti setengah hari, hari ini.. tolong bagitau Encik Haris, katakan aku tak sihat..” Alia mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya. Dia ingin meraung dan menjerit untuk melepaskan kesakitan yang sarat berbuku didadanya. Harun mengangguk. Dia kelihatan amat bersimpati dengan Alia.

Alia segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Zarul, adik sepupunya. “Kakak ni.. tolong ambil kakak di pejabat!” kata Alia sebaik saja talian disambungkan.

“Ai! Awalnya.. ada apa hal kak?”

“Kakak tak sihat hari ni.. kau di mana sekarang?”

wah cemburu

“Saya masih di bandar ni.. ada temuduga pukul 11.00 a.m., habis temuduga nanti saya ambil kakak macam mana?”

Alia mengeluh. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tapi Zarul pula sibuk. Adik sepupunya itu baru tamat belajar dan sedang mencari kerja. Dia dihantar dari kampung oleh ibubapanya untuk tinggal bersama Alia sementara mendapatkan pekerjaan. Zarul akan menghantar dan mengambilnya dari kerja setiap hari. Alia baru saja membeli sebuah kereta kancil tapi dia tidak mempunyai lesen memandu. Nasib baiklah Zarul sudah mendapatkan lesen memandu, secara tidak langsung Zarul menjadi pemandu sementara kepada Alia yang baru memohon lesen memandu dan masih dalam proses pembelajaran.

“Tak apalah! Kakak naik bas saja..”

“Eh! jangan lah..! Zarul datang sekarang..”

“Kan kau nak temuduga.. nanti terlewat pula.. sekarang dah pukul 10.30 a.m..”

“Alah.. masih sempat!” Talian terus diputuskan. Alia mengeluh. Zarul berkeras mahu menghantarnya pulang meski pun dia ada temuduga. Alia terpaksa menunggu. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi hon di luar. Alia segera keluar dan masuk ke perut kereta.

“Tengok.. sudah pukul 10.40am.. mana sempat!” ujar Alia sambil menunjukkan jam tangannya pada Zarul.

“Sempat.. bukannya jauh!” balas Zarul sambil ketawa kecil.

“Ha.. nak bawa laju lah tu! Zarul.. kakak rasa baik Zarul pergi tempat temuduga tu, kakak tunggu di kereta.” Cadang Alia.

“Emn.. idea yang baik..” Zarul setuju. Kereta segera meluncur ke tempat yang dituju.

“Eh! Kau temuduga di sini?”

Zarul angguk. Alia kenal benar dengan bangunan itu. Bangunan itu adalah milik ibu Ikwan. Jadi Zarul pergi temuduga di syarikat milik keluarga Ikwan. Alia benar-benar tidak senang hati!

“Zarul kejap saja.. kakak tunggu ya!” Zarul bergeges masuk ke dalam bangunan itu.

Alia mendengar radio sementara menunggu Zarul masuk ke dalam. Tiba-tiba sebuah kereta masuk parking benar-benar di sebelah keretanya. Alia macam kenal kereta itu, dia menoleh memandang pemandunya. Alia tersentak, Ikwan! Lantas Alia berpura-pura tidak melihat Ikwan. Alia menundukkan kepalanya sambil membaca surat khabar yang dibeli Zarul. Bila Alia sudah pasti Ikwan telah pergi barulah Alia tercangak-cangak mencari kelibat lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengelakkan diri dari bersemuka dengan Ikwan. Biarlah hubungan mereka berlalu bagai angin yang datang menyapanya untuk seketika. Rasanya tak perlu lagi Alia hendak berperang besar dengan Ikwan atau Helina. Alia sedar siapa dirinya. Kalau nak rajuk biar pada yang sayang, kalau orang dah tak sudi buat apa Alia nak terhegih-hegih menagih perhatian Ikwan. Namun jauh di sudut hati Alia, dia merasa cukup pedih dan sengsara. Cinta yang mekar di hatinya itu bukannya mudah hendak dibuang dalam sekelip mata!

p/s:
1) Sory post lambat sambungan nie.
2) Agak2 korang pe kaitan Zarul dgn kemelut cinta Alia & Ikwan?
3) Ikwan perasan x Alia dlm kete Zarul tadi & pe yg akan jd pasni?
4) Sape nak bace siri lepas nie linknye...Siri 1, Siri 2

05 January 2011

Amaran: Ini bukan entri lucah!!!

 salam semua

hari tu  zue da siarkan gambar orang lelaki yang penisnya semacam je kan...
KLIK SINI tuk refresh memory korang
mesti korang nak tau kenapa dia jadi macam tu kan??

sebenarnya itu adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. bakteria ni menjadi punca bagi penyakit sifilis. pekebenda la ni?? tergeliat tak lidah nak sebut eh?? ianya adalah sejenis penyakit yang disebarkan melalui hubungan seksual...

puncanya...senang je...

perubahan kelakuan dalam hubungan seksual.. owh...sekarang ni bukan setakat bangunan je yang moden tau, hubungan seksual pun dah moden tau.. kalau dulu, laki-prempuan adalah normal.. tapi sekarang ni, laki-laki perempuan-perempuan pun da gak. kalau dulu masuk dari depan je..tapi sekarang ni dah da stail oral dan anal..*hoho...sorry ayat cam tak sopan je*

bertukar2 pasangan pun leh menigkatkan lagi risiko. contoh adalah pelacur dan pelanggannya. pelanggan tu akan dapat full pakej.. katakan A tidur dengan B. B da penyakit sifilis. so, A akan mendapat jangkitan ni. A pula akan tidur dengan C. C akan terkena gak. kalau C dah kahwin, pastu ehem.. ehem.. dengan isteri die.. isteri dia akan dapat pulak. ditakdirkan pula, isteri C ngandung, baby tu plak akan dapat..

baby yang tak tau pe2 pun kene gak.. 'hadiah' dari parents
jadinya...penyakit ni tiada kesudahannya...
sayangnya..kalau dah terkena penyakit ni. ianya akan menjadi teman baik korang, kekal dalam tubuh selama-lamanya..

bukan setakat yang bawah tu terjejas, seluruh badan leh terjejas
 
muka pun kena gak..disebabkan arus kemodenan.. *ayat tak leh tahan*

tu sebabnya.. homoseksual, pelacur, seks bebas diharamkan. mmm...maybe diorang ni tak tahu kesannya. memang la masa tu semua nikmat je..tapi selepas itu, tiada lagi nikmat hanya kesakitan je tau


p/s---> entri  ini sekadar perkongsian ilmu je.. 
p/s---> thanks mr.google bagi gamba cun melecur

update : atas nasihat readers, zue dah removekan gamba tersebut

04 January 2011

Cerpen Cinta - Cemburu (Part 2)


Alia tidak menghubungi Ikwan lagi selepas dia ternampak gadis itu keluar dari rumah Ikwan. Alia tidak mahu menjadi muka tembok yang tidak tahu malu. Biarlah Ikwan menghubunginya jika lelaki itu masih ingat padanya. Alia ingin menganggap hubungannya dengan Ikwan sudah berakhir.

Dia mengambil keputusan itu setelah memikirkannya masak-masak. Walau pun tiada kata putus antara mereka, Alia lebih rela daripada mendengar kata perpisahan dari mulut Ikwan. Namun setelah dua minggu, Ikwan tidak juga menghubunginya. Hati Alia semakin remuk redam.

“Hai Lia...mendung je muka kamu kebelakangan ni..” Sapa Harun, rakan sekerjanya.

“Kau jangan sibuklah!!”

“Eh! Marah?” Sakat lelaki itu lagi. Alia tarik muka masam. Dia memang selalu bermuram durja gara-gara hubungannya dengan Ikwan yang dingin itu.

“Aku bukan apa Lia...tapi sebagai kawan, aku kesian juga tengok kau ni...badan pun dah susut...kau makan hati ya?”

Harun bersuara lagi. Alia tantang muka Harun dengan tajam. Dia tidak suka orang lain masuk campur dalam hal peribadinya.

“Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Encik Ikwan tu...aku rasa baik kau lupakan saja dia tu...aku rasa kau pun tahu, Helina sudah balik dari luar negara. Si cantik tu akan bertunang dengan encik Ikwan tak lama lagi.” Lancar benar Harun menceritakan hal itu. Darah Alia rasanya tersirap hingga ke umbun-umbun. Dia tidak menyangka hubungan Ikwan dengan gadis cantik itu sudah sampai ke tahap bertunang.

“Dari mana kau dapat tahu semua ni Harun?” tanya Alia was-was. Betul ke budak Harun ni? Banyak sangat dia tahu tentang Ikwan.

“Kau hairan? Aku sepupu Helina, memang la aku tahu banyak tentang dia dan Ikwan..” Sahut Harun dengan yakin. Alia tertunduk, matanya mulai terasa panas. Ada manik-manik jernih yang bertakung dibibir matanya. Sampai hati Ikwan! Hendak bertunang pun Ikwan tidak memberitahunya.

“Mereka dijodohkan oleh keluargakah?” tanya Alia lagi. Dia berharap Ikwan berbuat demikian kerana terpaksa. Alia enggan menerima hakikat kalau Ikwan benar-benar mengkhianati cintanya!

“Sudahlah Alia...jangan berharap lagi! Helina tu memang kekasih dia...sebelum kau bersama Ikwan lagi.”

Hati Alia hancur berkecai mendengar kebenaran itu. Jadi selama ini Ikwan menipunya. Selama ini dialah pihak ketiga. Dia hanya sebagai boneka Ikwan kala Helina tidak ada bersama. Cuma sandaran sementara saja!

Patutlah Ikwan tidak memperkenalkannya pada Helina bila Helina baru pulang. Ikwan kata kawan sepermainannya dari kecil lagi baru pulang dari luar negara. Tapi sedikit pun dia tidak bersuara untuk memperkenalkan Alia pada gadis itu, jadi memang benarlah Helina adalah kekasih lama seperti jangkaan Alia!

Sakit hati Alia terasa semakin dalam. Jantungnya seakan ditikam-tikam dengan pisau yang amat tajam. Dia benci Ikwan. Dia benci Helina! Mengapa mereka melukakan hatinya. Mengapa Ikwan mencambahkan cinta dihatinya, tapi kini dengan kejam membunuh cinta itu tanpa belas kasihan!

“Kenapa dia tidak beritahu aku?” kata Alia seolah-olah bertanya pada Ikwan.

“Entahlah Lia.. dia mungkin takut kau akan berjumpa Helina dan mengaku sebagai kekasihnya...pasti hubungannya dengan Helina akan terjejas jika itu berlaku..”

Ada benarnya juga kata-kata Harun itu, patutlah Ikwan enggan dihubungi. Dia takut rahsia hubungannya dengan Alia terbongkar.

p/s:
1) Adakah pe yg dikatakan Harun tue betul?
2) Ape yg Lia akan wat pasni? nantikan sambungannye ye.
3) nak bace part 1 klik sini

sungguh ku tak sangka!!!

apabila 'artis'  blog menjenguk blog zue yang ntah pe2 ni..
terasa terharu la plak... siap follow lagi tu
siapakah die???



--------



-------



-----



---



--



-


mesti korang dah tau sape kan???

thanks kepada beliau sebab follow blog zue ni


p/s---> thanks jugak pada siapa2 yang dah follow blog zue ni..(^___^)

Lucky Giveaway by Cik Dya

salam semua...

kali ni nak join Lucky Giveaway By Cik Dya plak..
syarat2  die senang je..


~ Mempunyai blog dan beralamat di Malaysia~
1) Menjadi FOLLOWER  cik dya kalau suka 
2) Sila tekan LIKE untuk fan page Cik Dya.
3) Buat satu ENTRY tentang giveaway ini dengan tajuk "Lucky Giveaway by Cik Dya"
4) Sila letak BANNER GIVEAWAY di atas di dalam entry dan sidebar blog dan mesti link kepada blog cik dya.
5) Sila TAG 3 ORANG kawan dan pastikan mereka tahu tentang GA ini.
6)Akhir sekali sertakan permenant link entry lucky giveaway ini di ruangan komen di blog Cik Dya
7) Tarikh tutup Lucky Giveaway ini ialah pada 25 January 2011.

mudah bukan??? so..korang pun join la ye. mana nak tau kot termenang ke (^___^)
sebelum tu zue nak tag... 
p/s---> petang ni da klas ECE.. pasal pelvic examination

03 January 2011

Minggu Yang Memenatkan!!


salam semua...

pagi tagi zue dah selamat menjawab minitest 1 bagi reproductive system
tak tau la..boleh dikatakan semua dapat jawab soalan tu, tapi betul atau tak, tak tahu la kan

yeah...study selagi mampu
dan jumaat ni juga, zue da exam lagi.. subjek epidemiology la plak..huhu
aduhai..dah la agak susah nak fahamkan subjek ni..bukannya pe tau..terlampau detail sangat. dah macam belajar tuk amik master tau. prof sendiri yang bagitau.. bila zue bandingkan dengan uni lain, diorang tak da la belajar detail sangat..

k la..nak sambung study balik.
sebelum tu, tatap la gamba kat bawah ni..

kenapa dengan lelaki ni???
zue akan cerita dalam next entri ye...


p/s---> pas habis exam nak balik rumah...

Cerpen Cinta - Cemburu (Part 1)


Alia nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Ikwan. Alia juga nampak Ikwan menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Ikwan, gadis itu adalah kawan kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Ikwan kian menjauh darinya, Ikwan kerap keluar bersama gadis itu. Hati Alia sakit!

Ikwan jarang menelefonnya kini. Malah, kalau Alia call di rumah, selalu saja keluar. Handsetnya juga selalu suruh tinggalkan pesanan suara saja, bila ditanya kenapa, kata Ikwan habis bateri. Takkan sepanjang minggu habis bateri? Kalau dapat call pun Ikwan cakap sikit saja dengannya. Seolah tidak ada lagi topik yang menarik hendak di kongsikannya bersama Alia. Alia rasa bahang perubahan sikap Ikwan. Gara-gara kehadiran gadis cantik yang pulang dari London itu. Kononnya kawan lama, entah-entah kekasih lama!

“Gadis tu kan baru je datang dari luar negara, lagi pun mereka memang sahabat rapat dari kecil, memanglah banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tidak berjumpa.” Alia mahu percaya kata-kata Nina yang memujuknya itu. Tapi cemburu dihati Alia masih juga meronta-ronta tak mahu kalah. Tak boleh jadik nih!

“Tapi Nina.. Wan dah berubah! Dia macam dah lupakan Lia.. macam dia dah malas nak jumpa atau sekurang-kurangnya berbual dengan Lia.. sejak kedatangan kawan baiknya yang cantik tu!” Geram Alia bila teringatkan gadis itu. Sakit hati Alia bila terbayang wajah cantik itu. Memang dia benar-benar cantik! Hidungnya lebih mancung dari Alia, kulitnya putih dan halus. Bukan seperti Alia yang berkulit sowo matang. Matanya besar dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik serta keningnya hitam lebat. Pipinya gebu dan licin macam kulit tomato. Bibirnya mungil dan merah jambu tanpa perlu disapu gincu. Rambutnya pula panjang lurus separas dada. Hati lelaki mana yang tidak tertawan. Alia tahu beza antara dia dan gadis itu bagaikan langit dengan bumi.

Alia pandang ke dalam cermin, pantulan dari cermin memaparkan wajahnya yang masam mencuka. Dia lihat keningnya yang nipis, matanya yang kecil dan bulu mata yang pendek. Kulitnya tidak sehalus dan segebu gadis itu. Bibirnya pucat saja. Kalau tidak memakai gincu langsung tidak menarik. Alia mula bencikan rupanya! Dia ingin kelihatan cantik, lebih cantik dari gadis itu!

Alia bandingkan pula dirinya dengan gadis itu, dia hanya mendapat Diploma dalam bidang Pengurusan dan sekarang jadi kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Gadis itu pula baru habis belajar di luar negara dengan gelaran Sarjana Muda Undang-undang. Kalau dapat kerja nanti, pasti gajinya menjangkau angka dua ribu. Ah! Gadis itu umpama permata yang berharga, manakala Alia bagai pasir yang bertaburan dijalanan. Alia mengeluh lagi.

“Pasti Ikwan tidak berminat untuk bersamaku lagi.. Ikwan sudah menjumpai gadis yang sesuai dengan dirinya..” kata Alia sendirian. Alia sedar, Ikwan tidak setaraf dengannya, lelaki itu berkerja sebagai Timbalan Eksekutif di syarikat ibunya. Mereka adalah golongan berada, bukan macam Alia yang sederhana. Namun hati Alia masih berharap, dia berharap Ikwan akan kembali mesra seperti dulu. Alia ingat perkenalan mereka yang singkat tapi bermakna.

“Encik Haris ada?” itulah kata-kata Ikwan ketika masuk ke pejabatnya untuk menemui bos Alia, yang merupakan pelanggannya.

“ Emn.. dia keluar sekejap! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” ujar Alia sambil mengkagumi rupa paras lelaki yang berdiri didepannya. Ikwan kacak sekali. Senyumannya lembut dan suaranya lunak.

“Emn.. tak apalah! Biar saya tunggu dia..”

“Oh.. kalau begitu.. silakan..”

Ikwan duduk di meja menunggu yang menghadap meja Alia, Alia sesekali melirik pada Ikwan yang membelek-belek majalah yang tersedia di atas meja itu. Bila sedar dirinya diperhatikan, Ikwan melemparkan senyuman menawannya. Alia jadi tersipu malu. Tidak lama kemudian bosnya Encik Haris kembali. Ikwan segera masuk ke bilik pejabat Encik Haris.

Waktu tengahari, Alia turun makan di restoran berhampiran, ketika Alia menunggu pesanannya, tiba-tiba satu suara menyapa.

“Boleh saya join kamu?”

Alia agak terkejut bila melihat Ikwan berdiri di tepi mejanya.

“Semua meja telah penuh..” ujarnya lagi dengan senyumannya yang mencairkan hati Alia. Alia agak tergagap tetapi mempersilakan Ikwan duduk semeja dengannya. Mereka mula berbual dan memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula perbualan mereka agak lembab, tapi Ikwan pandai berjenaka. Alia tak henti-henti ketawa dibuatnya. Ikwan menyerahkan kad namanya pada Alia, dia juga membayar semua harga makanan.

“Terima kasih, belanja saya makan..” ujar Alia sebelum mereka berpisah.

“Call saya kalau ada masa..” laung Ikwan sebelum pergi. Alia menggangguk. Hatinya berbunga riang.

Sejak hari itu, mereka kerap berhubung. Ikwan selalu bercerita tentang apa saja dengannya. Ikwan akan meluahkan apa saja yang ingin dikongsikannya pada Alia. Lama kelamaan hubungan Alia dengan Ikwan menjadi erat. Putik-putik cinta bersemi. Ikwan melamar cintanya pada hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Dengan sejambak bunga, kek harijadi dan seutas rantai. Alia tidak akan lupa betapa bahagianya hati wanitanya hari itu. Bagaikan seorang puteri yang mencapai impiannya.

Tapi itu dulu, sebelum kehadiran gadis cantik yang baru pulang dari luar negara. Kini Ikwan semakin sibuk. Dia tidak ada masa untuk menghubungi Alia. Dia sudah ada teman lain untuk berkongsi cerita mahu pun masalah. Kalau dulu, Alialah tempat mengadu bila hatinya resah atau terlalu penat dengan kerja, kini ada gadis lain yang mengambil alih peranan itu. Alia semakin terkilan.

p/s:
1) nantikan sambungannye kengkawan.
2) kredit to http://cintadearhaniey.wordpress.com for this entri.
3) sape setuju pompuan memang kuat cemburu dari laki or pe2 la...hehehe

02 January 2011

Ayat lepas kawin...

Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

01 January 2011

sTyLe YoUr HiJaB

salam semua
kali ni zue ditag oleh atin tuk join kontest ni plak
sekadar mencuba nasib dan suka2 je (^___^)

 

kat bawah ni adalah antara syarat2 penyertaan..banyak betul syarat2 die..hehe

1)  gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan..hee) p/s TUDUNG BAWAL PON BOLEY ..wuwu

2)make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer !  )

3) tutup aurat means takde nampak rambut,takde nampak lengan,takder sendat2 sangat yer !

4)kalau ade gambar yang tak tepati syariat , tak akan reject awal2,tapi dinasihat dulu..

selepas dua syarat di atas dipenuhi,buat ini :

1) satu entry bertajuk SAYA SUKE BERHIJAB or STYLE UR HIJAB ,masokkan gambar di atas dalam entry anda,pastu linkkan gambar itu ke post ini yer ..letak sekali syarat-syarat contest ni yer ^^

2)letak banner(gambar ) yang kat atas tu di sidebar belog

3)yang paling penting mestila letak gambar korang bertudung/berhijab/ber-shawl/berpurdah tu kat dalam entri tu ^^

4) sila tag kawan-kawan korang..3 orang pon jadila..hee (make sure kawan korang taw yer )

5)dah siap tu submit la post  kat COMMENT box

6)tarikh tutup pertandingan adalah 11 january 2011

7)ouh,kalau gambar berdua,bertiga bersepuluh pon takpe asalkan gambar korang kene ade ! ^^

selepas berhempas pulas mencari gambar...zue nak letak gambar ni la..

bersama adik dhirah masa hari raya 2010

simple je tudung zue..
nak fesyen lebih2 zue tak pandai la..

zue nak tag

p/s---> (^___^)

Budak mati dilanggar 2 motor

salam semua...

1.1.11...tarikh hari ni cantik betul kan???  da siapa2 bertunang atau kahwin pada hari ni?? (^___^)
ni adalah 1st entri zue bagi tahun 2011..

dalam kegembiraan korang celebrate tahun baru, da cerita sedih disebaliknya...


klik gambar untuk berita selanjutnya

takziah bagi famili pn.norlida...
sebenarnya, kejadian berlaku di hometown zue. tak jauh dari rumah zue pun. laluan bahau-juasseh ni sememangnya lurus. zue da dengar yang jalan ni dulu2 sebenarnya adalah laluan keretapi. tu sebab jalan ni lurus. jalan keretapi mana da bersimpang-siur kan..berbukit pun tidak

jalan ni budak2 kampung selalu guna untuk merempit..ye la kan..dah jalan lurus memang sesuai la budak2 ni wat litar haram. tambah2 lagi laluan ni bila malam memang kurang kenderaan. lagi la naik hantu mat2 rempit ni
dan laluan ni juga dah banyak kali berlaku kemalangan maut.. bukan setakat moto je, kete pun sama gak merempit..*kete pun merempit gak ke..konfius2*

akhirnya..nyawa orang yang tak bersalah melayang..kot la mat rempit tu yang eksiden ke atau melayang nyawa ke..ni tak..orang lain gak yang menjadi mangsa


p/s---> mood study cepatla datang menjelma..

Letak Link Blog Anda Di Sini