Sape klik sini memang baik...

31 August 2010

SaLaM MerDeKa!!!

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53

31 ogos 1957



dah 53 tahun Malaysia merdeka...
bersyukur kerana dapat Malaysia masih aman damai
bangga menjadi anak Malaysia

tetapi....
merdekakah kita???
bagaimana dengan minda kita yang masih lagi dijajah dengan ideologi barat???
bagaimana dengan anak muda sekarang???
fahamkah mereka dengan erti kemerdekaan???
adakah sekadar dengan melaungkan "MERDEKA" dan disajikan dengan pelbagai hiburan???

renung-renungkan la...


P/s---> alangkah bagusnya kalau sambutan kemerdekaan disambut dengan melakukan solat hajat di setiap masjid2 dan surau2


23 August 2010

HanG TuAh FaiLed SpM!!!

salam...

saja nak kongsi video ni dengan korang
lawak dan kreatif sungguh...
mane la diorang boleh dapat idea nak buat camni.. (^___^)




P/s---> pada yang nak amik SPM tahun ni..all da best. jangan sampai amik paper julai lak

20 August 2010

SuAmi MiThaLi IdaMan IsTeri

salam...

kali ni nak kongsi cerita ngan korang sume..zue dapat benda ni kat facebook..
so...ape tunggu la..
zasssss....layan (^___^)


BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya


aDuhai!!

salam...

tadi tengah duk baca berita online...ternampak benda alah ni... (^___^)

klik pada sape2 yang rabun :P


pe yang peliknya dalam gambar di atas???

PlanTaTiOn ToUr

salam...

ni adalah last entri tuk Pagoh (^___^)
dalam kul 11 lebih, geng motor dari singapore sampai
join geng mat motor ni tuk dengar penerangan, pastu tunggu lak mereka makan dulu
then baru leh join plantation tour...skali bila nak pegi, tak muat la plak
sebabnya...mat2 motor ni badan sume big size...hehe

geng mat motor yang ceria

owner ladang herba..en.nasuha yang sporting

skang ni jom layan gamba mase plantation tour

akak staff yang semangat giler bagi penerangan


pokok buluh pun da tau

suka mase lalu kat sini...sejuk dan tenang je

berhenti tuk tengok log cabin VIP...cantik cabin tu dan duit sewa die pun cantik gak
mahal tau. RM600 per day..menggeletar tangan nak bayar

my elective group (^___^)

dalam pukul 2.30pm, kami pun gerak balik ke PJ
sampai dalan kul 6pm..penat sampai tak ingat dunia dah...


P/s--->sape2 yang berminat nak tau lebih lanjut pasal Nasuha Herbs & Spices KLIK SINI

19 August 2010

TriP to PaGoH 3

salam...

ok sume...ni sambungan entri Pagoh tu ye
masa ini kami tengah amik gamba produk herba...
korang layan la gamba2 ni ye

da 3 jenis bentuk. uncang teh, sup dan kapsul..leh pilih mana yang berkenan
cam korang tak suka telan pil, leh amik uncang teh tuk minum begitu saje dan leh gak dijadikan sup
harganya pun leh tahan gak la... 5 uncang RM25

da gak dalam bentuk sabun dan minyak sapu

antara kegunaan minyak tersebut

cinnamon bagus tuk sape2 da diabetes

ini buah Gora...fungsi untuk kecergasan badan

Garcinia atau nama kampung die asam gelugur
tuk kurangkan berat badan

kembang semangkuk..yang korang slalu minum air lai chee kang tu
ini la rupa biji dan daun die

mengkudu tuk baiki peredaran darah

all spice sesuai tuk makcik2 pakcik2 yang da masalah sakit sendi


p/s---> next entri pasal plantation tour...

PeRaduAn:CoPy & PaStE Hari RaYa AiDiLFiTRi

salam...

tadi tengah2 blogwalking, terjumpa lak kontest ni...
cam bez je. tu yang zue join tu....

tak salah mencuba kan kan. mane la nak tau kot2 termenang ke (^___^)
korang hanya perlu copy paste je.. simple je kan..


Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


P/s---> jom serbu SINI tuk join kontest ni!!!

SpRead ThE LoVe AnD GeT ReWarDeD

salam...

skang ni kite lupakan dulu cite pasal Pagoh ye..
zue nak cite plak pasal ChurpChurp..



tau tak ChurpChurp ni ape??
benda ni lebih kurang cam nuffnang la. ianya adalah medium pengiklanan bagi twitter
skang ni da contest yang dinamakan sebagai SpRead ThE LoVe AnD GeT ReWarDeD

kontest ni bermula 3 Ogos - 2 september 2010 dan terbuka pada sape2 yang mendaftar di Malaysia

hadiah dia lumayan den koba (^___^)
  • sorang Grand Prize winner dapat RM 1, 000 instant credit
  • sorang Second Prize winner dapat RM 5 00 instant credit
  • 10 adiah sagu ati lak dapat RM 100 instant credit each
  • 20 Lucky New Churpers dapat RM 25 instant credit each
so...sape yang yang berminat leh la KLIK SINI

di bahagian referral make sure kuar cam kat bawah ni...


kalau tak kuar pun..nanti korang isi la
akaun twitter - zuraifahzul
akaun facebook - zuraifahzulkuflee

pe tunggu lagi...meh pakat ramai2 join kontest ni..


P/s---> untuk maklumat lanjut KLIK SINI


18 August 2010

TriP to PaGoH 2

salam..

ni sambungan entri yang lepas
hari ahad pagi, dalam pukul 9 dah check out dan gerak ke Nasuha Herbs and Spices

owh...rupa-rupa ni tempat kilang mak siti tu..mano la den nak tau..hehe

sampai sane je terus mendaftar dulu..amik pakej je. harga RM10 tuk penerangan dan plantation tour..makanan sendirian berhad (^___^)

kami difahamkan pada hari tu, da geng biker dari singapore nak datang...terpaksa la kami join skali ngan diorang

ni mase dengar penerangan dari staff kat sane..kusyuk den donga eh..

pas dengar penerangan, kiteorang dijemput makan kat restoran herba..masyukk den koba
sebabnye...makanan kat sane memang tangkap leleh.. sumenye da campuran herba

cantik design die. nak masuk kene tanggal kasut tau..masyuk je kaki pijak lantai

menu pada hari tersebut

zue makan nasi ayam herba..sedap wehh. tapi sup die kurenggg skit. ewww..sup herba!!!
tak mampu zue nak abiskan..sape yang suka sup tu memang licin la..zue tolak ke tepi je sup tu

teh herba yang ntah pe rase die..tapi habis gak zue minum

fresh oren terbaik dari ladang!!!!

pas makan, kami pergi ke display room tuk amik gamba produk herba sebagai bukti tuk report dan poster presentation nanti...


P/s---> entri kali ni da banyak part. korang layan je la... (^___^)


TriP to PaGoH 1

salam...

walaupun cite ni dah lama basi even dah berkulat pun, zue nak gak jaja cite ni kat sini
sila rujuk entri INI

kami berenam bertolak ke Pagoh pada pukul 9 pagi, sabtu 20 June.. cehh, cite 2 bulan lepas zue jaja kat sini (^___^)
dari Petaling Jaya ke Pagoh mengambil masa lebih kurang 4 jam..lenguh duk lame-lame dalam kete. tapi bukan zue yang drive ye..tapi Mr.A yang drive..hehe
mase on da way, singgah jap kat restoran jejantas Ayer Keroh..sempat gak la kiteorang makan A&W
sampai kat Pagoh dalam kul 1 tengah ari tapi check in hotel pukul 2..terpaksa la kteorang pergi jalan-jalan dulu..

kul 2 check in hotel. Mr.A dah book bilik awal-awal kat Riverview Hotel. harga pun tak la mahal sangat sebab mase tu da promotion. tu yang dapat murah..
amik 3 bilik. 1 room for girls, 1 room for mr.A and 1 room for Dayah's parents.
gamba kat hotel tak da la..kepenatan sangat.

laluan ke bilik..ni je yang mampu amik gamba..hehe

rehat-rehat jap. pastu dalam pukul 4, zue dan Mr.A kuar pergi umah mak cik kat Labis
sebabnya my famili da kat sane ziarah pak cik..
kaki pak cik patah sebab da orang langgar mase bertugas..tapi skang ni dah ok dan dah leh jalan pun

duk umah mak cik tak lame pun..dalam kul 7 malam, zue gerak balik ke hotel
sampai hotel pun dalam pukul 9 lebih..


P/s---> nantikan sambungan entri ni ye!!!

16 August 2010

ThAnK YoU ALLAH!!!

salam...

petang tadi result final exam year 1 dah kuar
syukur ALHAMDULILLAH
zue lulus dan leh naik tuk tahun 2

tapi skang ni kene setelkan elective program dulu..
pagi tadi da briefing pasal elective program, arap2 tak da pe2 masalah


P/s---> sedih kali ni cuti kejap je..tak best sungguh

11 August 2010

SalAm RaMadaN!!

salam....

zue nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa!!!!




Letak Link Blog Anda Di Sini